ISMA WEB
KEJADIAN
dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan, Batang Kali di Hulu
Selangor, tengah hari Jumaat lalu.
Menurut
catatan di dalam laman Facebook, seorang murid tidak menyedari ular berlingkar
di dalam laci mejanya, sehinggalah waktu tengah hari apabila dia mahu menyimpan
bukunya.
Murid
berkenaan dikatakan berasa hairan kerana menyentuh sesuatu yang lembik dan
sejuk di dalam laci mejanya.
Dia
terperanjat apabila mendapati terdapat ular di dalam laci mejanya sebelum
memaklumkan kepada guru, yang kemudian menghubungi anggota bomba.
Anggota
bomba yag tiba kemudian menangkap ular tedung yang hidup itu sambil menyifatkan
murid berkenaan bertuah kerana tidak dipatuk.
Sehubungan
itu, pengguna media sosial meminta ibu bapa supaya menasihatkan anak
masing-masing supaya memeriksa dahulu laci meja di bilik darjah setiap pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan