HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Ogos 2019

‘Itu lah tempat dia’, PM jawab isu tempat duduk Najib

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam tadi merasakan Najib Razak ditempatkan di tempat duduk yang betul iaitu di barisan pembesar selaku Orang Besar Pahang di istiadat pertabalan Agong ke-16 pada Selasa.

Beliau berkata perkara itu bagaimanapun urusan Istana Negara dan dia tiada kaitan dengan hal tempat duduk seseorang.

“Itu lah tempat dia pun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama bekas-bekas penuntut Maktab Perguruan Kota Bharu malam tadi.

Sebelum itu, ditanya kenapa seorang bekas perdana menteri yang dikatakan patut duduk di barisan depan diubah ke barisan belakang bersama pembesar negeri, Mahathir menjawab: “Itu Istana punya kerja, bukan saya”.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa memberitahu media tempat duduk Najib di istiadat itu sebenarnya sudah ditetapkan, menjawab laporan bekas perdana menteri itu tidak hadir selepas perubahan tempat duduk.

“Najib sendiri beri alasan dia kena duduk di tempat Orang Besar Pahang. Dia kena tukar baju. Itu masalah dia. Kita sudah maklum lebih awal,” katanya, yang juga pengerusi jawatankuasa khas istiadat pertabalan Agong ke-16.

Semalam, Najib berkata dia tidak menghadiri istiadat pertabalan Agong kerana perubahan tempat duduk pada saat akhir menyebabkan dia tidak dapat menyediakan pakaian istiadat yang bersesuaian.

Menurut Najib, dia dimaklumkan tentang perubahan tempat duduk itu pada 6.30 pagi yang sama.

Pejabat Perdana Menteri berkata ia tidak terlibat dalam susunan tempat duduk untuk Najib dan protokol bawah pegawai istana.

Tiada ulasan: