Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Pekan Ibrahim Awang
Ismail memohon penyelesaian keseluruhan daripada RM100,000 yang dirampas
SPRM dalam saman sivil pelucuthakkan berkaitan 1MDB.
Hari ini pada awalnya ditetapkan untuk permohonan Ibrahim membatalkan tindakan undang-undang oleh SPRM itu.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Allan Suman Pillai mengesahkan pihak peguam bela Ibrahim telah menghantar surat representasi kepada pihak pendakwaan.
"Seperti kes terdahulu, saya memohon jasa baik mahkamah untuk menetapkan 23 Ogos ini, jadi kami boleh memberikan maklum balas akhir (keputusan) terhadap representasi itu," kata Pillai yang kemudiannya disahkan Nurshafiqa.
Mahkamah dimaklumkan Nurshafiqa bahawa representasi sekarang adalah (representasi) baru, kerana anak guamnya sebelum ini telah menghantar representasi pada 16 Julai tetapi ditolak.
Pillai menjelaskan kepada Nazlan bahawa representasi yang ditolak sebelum ini adalah untuk penyelesaian sebanyak RM50,000 daripada jumlah yang diminta untuk dilucuthakkan.
Tunggu keputusan representasi 23 Ogos
Apabila hakim Nazlan bertanya mengenai status permohonan Ibrahim untuk membatalkan permohonan, Nurshafiqa berkata arahan yang diterimanya adalah untuk meneruskan prosiding dengan menunggu hasil representasi.
Hakim kemudian menetapkan 23 Ogos depan bagi pendakwaan untuk memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan representasi itu.
Hakim mengingatkan pihak terlibat bahawa jika representasi ditolak, maka pada hari itu perkara tersebut masih akan diteruskan.
Beliau berkata perkara itu akan diteruskan, sama ada permohonan responden untuk membatalkan tuntutan itu atau permohonan pihak pendakwaan untuk mewartakan notis memanggil pihak ketiga supaya hadir dan mengemukakan kemungkinan sebarang tuntutan yang mereka ada terhadap wang RM100,000 itu.
Apabila ditemui selepas prosiding, Pillai mengesahkan Ibrahim tidak menarik balik permohonan membatalkan saman SPRM itu, tetapi semua pihak kini perlu menunggu keputusan representasi pada 23 Ogos.
Ibrahim merupakan antara 41 individu dan kumpulan yang diusahakan SPRM untuk dirampas asetnya bernilai RM270 juta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan