HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Ogos 2019

Kerap buat aduan lif rosak

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
 


PENDUDUK Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kerosakan lif yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Penduduk, Haliza Hassan, 37, berkata, dia kecewa dengan apa yang berlaku kerana aduan sudah kerap dilakukan kepada pihak berwajib berhubung kerosakan lif.

“Suami saya Mohd Riduan Norsani, 35 dan anak saya Mohd Haziq Zakwan, 10 patah kaki akibat kejadian berkenaan.

“Mereka kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut.

“Saya kecewa kerana saya sendiri yang membuat aduan di pejabat penyelenggaraan lif namun sikap acuh tak acuh diambil penyelengara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Idris Abd Samad, 60, berkata, kejadian sama turut berlaku di blok sama tahun lalu.

“Kejadian sama tahun lalu tidak membabitkan kematian, cuma cedera ringan.

“Secara kebiasaan, PBT ada selenggara lif di kawasan PPR ini tapi selepas beberapa hari rosak kembali,” katanya.

Menurutnya, bangunan berkenaan mula dibina pada 2002 namun terbengkalai selama 10 tahun.

“Kami sudah tinggal di sini sejak 2012 lalu dan lif kerap rosak malah aduan seringkali dilakukan namun tiada tindakan diambil pihak kontraktor.

“Saya berharap tindakan tegas diambil terhadap kontraktor yang terlibat kerana mengakibatkan kecederaan kepada penduduk disini,”katanya.

Berita berkaitan
Penduduk cerita detik lif terhempas
DBKL panggil kontraktor lif esok

Tiada ulasan: