HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 November 2019

Guna sentimen polis ‘diperlekeh’ dalam isu LTTE tidak betul, Muhyiddin bidas Zahid

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak 
seharusnya mengaitkan isu LTTE dengan kerja polis dalam PRK 
Tanjung Piai.
 
PONTIAN: Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan sentimen “polis diperlekeh” untuk meraih undi.

Beliau berkata, pemimpin Umno itu idak harus mengaitkan kes melibatkan dakwaan sokongan pihak tertentu kepada kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dengan kerja polis dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai yang sedang berlangsung.

“Ada isu, nak katakan tindakan polis itu, saya menteri dalam negeri. Saya pertahankan walaupun ada tak puas hati.

“Kenapa tak selesai? Mahkamah dah putuskan. Sokongan moral, tak betul. Baik sokong kita. Kita kerajaan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di sini, hari ini.

Semalam, Zahid membidas keputusan mahkamah menggugurkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya daripada DAP, P Gunasekaran selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan tanpa memberikan apa-apa alasan.

Zahid mendakwa terdapat “perselisihan” antara polis dengan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mahkamah Sesyen Seremban sebelum itu membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Gunasekaran.

Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman beliau.

PRK Tanjung Piai 16 Nov depan menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon BN Wee Jeck Seng dengan calon PH Karmaine Sardini, Wendy Subramaniam (Gerakan), Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghafar.

Tiada ulasan: