HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 November 2019

Pintu belakang terbuka, Muafakat Nasional tetap akan guna pintu depan

Shawaliah Hadir
MGF23112019_PELANCARAN-MUAFAKAT-NASIONAL-SELANGOR23
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuap pulut kuning kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Pelancaran Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di KKC D Laman Cinta, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI
 

SHAH ALAM – Pas dan UMNO tidak akan menggunakan pintu belakang dalam usaha menuju Putrajaya meskipun wujud tawaran menggunakan cara itu dalam Pakatan Harapan (PH).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Muafakat Nasional akan berusaha untuk merampas Putrajaya dengan cara yang betul.

“Insya Allah kita akan masuk Putrajaya melalui pintu depan, bukan pintu belakang.

“Tapi pintu belakang terbuka bukan kita nak masuk pintu belakang, kita nak masuk pintu depan. Tapi dia buka pintu belakang.

“Dan ada yang terbuka bila pintu belakang terbuka menyebabkan kacau bilau, maka berlaku kecelaruan seperti hari ini dalam Pakatan Harapan,” katanya menyampaikan ucapan pada Perasmian Muafakat Nasional Selangor di Dewan KKC D’Laman Cinta Jalan Kebun di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, sebagai orang politik apabila ada apa-apa peluang kita tidak akan melepaskan peluang.

Namun, tambah Abdul Hadi, Muafakat Nasional hanya akan mengambil peluang yang tepat demi perubahan negara, bukan kepentingan kuasa semata-mata.

“Kita mahu perubahan untuk negara bukan tamak kuasa tapi nak selamatkan negara,” katanya lagi.

Kerajaan ‘pintu belakang’ menjadi isu sejak kebelakangan ini kerana ada dakwaan mengatakan percubaan pembentukan kerajaan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan dan UMNO.

Ianya semakin hangat selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November yang lalu.

Pertemuan sulit itu didakwa membincangkan isu “kerajaan pintu belakang” dan usaha mempertahankan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: