HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 November 2019

Tanah Merah jajahan kedua dilanda banjir di Kelantan malam ini

Kenderaan milik penduduk Kampung Chenulang kelihatan terkandas 
apabila Jalan di Bukit Arang dinaiki air berikutan hujan lebat 
berterusan sejak awal padi tadi. (Gambar Bernama)
 
KOTA BHARU: Tanah Merah menjadi jajahan kedua dilanda banjir di Kelantan malam ini, selepas 61 mangsa dipindahkan ke 4 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 8 malam tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM seramai 18 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, SK Alor Pasir (20), Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang (21) manakala 2 lagi mangsa dipindahkan ke SK Bukit Panau.

Sementara itu, di Kuala Krai, mangsa banjir meningkat kepada 124 orang pada sebelah malam tadi berbanding 29 orang pada tengah hari tadi.

Seramai 124 orang ditempatkan di 2 PPS iaitu 63 mangsa di SK Chenulang manakala 61 lagi mangsa ditempatkan di Pusat Asuhan Kuala Pertang.

Dalam pada itu, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melepasi paras amaran iaitu 8.18 meter (m) (amaran 8m).

Manakala 2 sungai melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah berada pada paras 22.16m (berjaga-jaga 21.5m) dan Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai pada bacaan 27.4m berbanding paras berjaga-jaga 27m.

Tiada ulasan: