MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 27 November 2019
Daim: Saya tak mahu masuk campur soal peralihan kuasa
MALAYSIAKINI
Daim Zainuddin dikenali sebagai antara individu yang paling dekat dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun
bekas menteri kewangan berusia 81 tahun itu berikrar untuk tidak campur
tangan dalam soal peralihan kuasa antara Mahathir dan Presiden PKR
Anwar Ibrahim.
"Saya tak ingin masuk campur dalam hal itu, biar
mereka selesaikannya. Kami tak mahu masuk campur," katanya dalam satu
acara di Kuala Lumpur, seperti dipetik Sin Chew Daily hari ini.
Bagaimanapun jaminannya itu tidak meyakingkan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.
"Sukar
untuk percaya Daim tidak akan ada pengaruh terhadap Mahathir dalam soal
serius itu. Umum mengetahui keraguannya terhadap Anwar.
"Daim merupakan individu paling berpengaruh dalam lingkaran Mahathir sejak 1982," katanya kepada Malaysiakini.
Pada
Mei 2016, Anwar yang ketika itu masih dalam penjara memberi amaran
kepada PKR menerusi sepucuk surat berkenaan bahaya bekerjasama dengan
Mahathir dan Daim.
"Dr Mahathir dan Daim merupakan merupakan perancang dan penyebab kapitalisme kroni bertambah parah," katanya ketika itu.
Bagaimanapun beliau menunjukkan pandangan yang lebih lembut dalam wawancara bersama Malaysiakini Mei tahun lalu, setelah beliau dibebaskan dan diberi pengampunan diraja.
"Daim
boleh menyumbang tapi dia perlu berhati-hati. Orang hargai dia ikut
serta, tapi orang juga menyatakan kegelisahan yang mendalam bahawa dia
tidak menjelaskan beberapa masalah besar di masa lalu.
"Orang kata
tak perlu ungkit kesilapan masa lalu, yang mana betul, tapi bagi saya
kalau kita mahu bercakap tentang akauntabiliti yang demokratik, ia tidak
seharusnya terhad pada (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.
"Namun, saya tidak fikir ia harus sehingga menjadi dendam," katanya.
Walaupun
Mahathir dan Anwar berulang kali memberi jaminan, tetap timbul
spekulasi berkenaan peralihan kuasa itu dan malah ada yang meramalkan
pergeseran 1998 boleh berulang.
Sebulan setelah Anwar bebas, Daim bercakap dengan The Star tentang hubungannya dengan presiden PKR itu.
"Kami memang sentiasa kawan tetapi politik ini berbeza. Saya dan Anwar sudah lama saling mengenali," katanya.
Daim turut berkata beliau beberapa melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh.
"Kami
berbincang bagaimana untuk jatuhkan kerajaan dulu dan dengan sokongan
rakyat, kami berjaya. Kami mesti kekal bersatu dan menunaikan janji
kepada mereka," katanya.
Berkenaan keyakinannya terhadap Anwar
untuk memimpin negara, Daim berkata Anwar berpengalaman dalam beberapa
kementerian tetapi tiada siapa boleh mentadbir seorang diri, dan
memerlukan "kabinet, penasihat dan penjawat awam yang bagus dan
berintegriti".
Sementara itu, dalam program hari ini, Daim berkata
kerajaan hari ini menjadi pembangkang untuk tempoh yang terlalu lama
dan merasakan mereka boleh menjalankan tugas dengan lebih baik
berbanding seteru politik mereka.
Bagaimanapun kata Daim, mereka kini sedar ia bukan perkara yang mudah.
"Dahulu mereka ingat ini senang...tetapi sedar bukan senang menjadi kerajaan selepas pertukaran pentadbiran," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan