KUALA LUMPUR – Orang Melayu kini dihina melampaui batas
menerusi pelbagai bentuk, kata Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Justeru itu orang Melayu, katanya, perlu berubah bagi memastikan taraf lebih tinggi agar tidak lagi dihina sesuka hati.
“Orang-orang
bukan Islam hina kita luar biasa tak akan kita nak terus dihina jadi
kita kena berubah,” katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) Pembekalan Produk Ke Pasar Mini Lesong
Mart 2020.
Apa yang perlu dilakukan, khususnya dalam kalangan peniaga Melayu,
adalah membantu antara satu sama lain agar dapat mengubah taraf hidup
kepada yang lebih baik.
Jelasnya, kesepaduan dan saling bantu-membantu kaum Melayu baru-baru
ini terbukti dapat dilakukan apabila kempen beli barangan Muslim dahulu
atau Buy Muslim First (BMF).
“Walaupun banyak isu sebelum ini, namun alhamdulillah ia (BMF) membawa impak luar biasa kepada produk Melayu,” tambahnya.
Pada majlis itu, Pasar Mini Lesong Mart menandatangani MoU dengan
beberapa pengeluar produk Muslim bagi membekalkan produk mereka di
pasaraya tersebut pada tahun depan. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan