Umpama iktiraf perjuangan radikal PKM yang korban ribuan nyawa
BANGI
– Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengecam tindakan pihak
tertentu membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin
Peng ke Malaysia.
Menyifatkan
perbuatan itu sebagai tindakan terkutuk, Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya
berkata, keputusan membiarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang seolah-olah
mengiktiraf perjuangan radikalnya dan segala kerosakan yang telah dilakukan.
“Ini
kerana Chin Peng terkenal dengan pengkhianatannya terhadap negara dan pada masa
sama membawa ideologi komunis yang akhirnya menjadi ganas.
“Beliau
juga bertanggungjawab terhadap kematian ribuan askar dan orang awam. Semua ini
telah tercatat dalam sejarah dan saya yakin semua sedia maklum akan hakikat
ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Terdahulu,
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan akan menyiasat kesahihan mengenai dakwaan
abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
KDN
bertegas dengan larangan kerajaan sebelum ini untuk tidak membenarkan abu mayat
Chin Peng dibawa balik ke Malaysia, bagaimanapun abu mayat pemimpin PKM itu
dilaporkan sudah dibawa masuk pada 16 September lalu.
Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman mengesahkan, pihaknya tidak menerima
sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini selepas
kerajaan menetapkan keputusan mengenai larangannya sebelum ini.
Hairan
dengan perkara itu, Haji Aminuddin berkata, ini antara persoalan yang harus
dijawab oleh pihak yang membawa masuk abu mayat Chin Peng ke negara ini.
“Saya
harap jangan ada yang berlindung di sebalik suaka politik dan pada masa sama
mendabik dada seolah-olah mereka boleh melakukan apa saja.
“Bayangkan
apakah perasaan mereka yang telah kehilangan ibu bapa, adik-beradik dan sanak
saudara mereka hasil pembunuhan oleh kumpulan Chin Peng dahulu? Tidakkah ini
satu penganiayaan kepada keluarga mangsa?,” soalnya.
Haji
Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) turut menggesa,
pihak berkuasa membuat siasatan terperinci atas perkara ini dan tidak
membiarkan adanya sebarang usaha untuk menghidupkan kembali perjuangan dan
semangat komunis di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan