HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 November 2019

Parti Melayu jangan tunduk sikap tamak cauvinis ultra kiasu

fazleen safina

 

Kawasan lebih 50 peratus muslim mesti diwakili calon Islam: Berjasa

BANGI – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menggesa supaya kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diduduki oleh lebih 50 peratus muslim, mestilah diwakili dan dipimpin oleh orang Islam.

Naib Presiden Berjasa, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, perkara berkenaan dibangkitkan supaya parti-parti Melayu tidak tunduk dengan ketamakan cauvinis ultra kiasu, seperti yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Semua jelas, kawasan yang kurang daripada 50 peratus penduduk muslim, boleh direbut oleh bukan Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Hazizi menegaskan bahawa pemimpin muslim berhak memimpin di kawasan majoriti Islam, kerana ia sesuatu yang adil dan mudah difahami oleh semua kaum.

Beliau berkata, perkara itu lebih kurang sama dengan formula tanah rizab seperti yang diisytihar oleh Raja-Raja Melayu.

“Namun, pendirian sebegini selama-lamanya tidak akan difahami oleh pentaksub parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wee Jeck Seng pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu, susulan kawasan Parlimen itu dikomposisi oleh 57 peratus penduduk Melayu.

Jeck Seng berjaya mengumpul majoriti 15,086 undi PRK Parlimen itu, mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini dan Berjasa, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Berjasa bagaimanapun kalah berprinsip dan bermaruah dan nekad akan meneruskan agenda mengembalikan dominasi kuasa politik orang Melayu.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai mempunyai 52,471 pengundi berdaftar, memiliki komposisi terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus Cina, 1.01 peratus India dan lain-lain 0.55 peratus.

PRK Tanjung Piai adalah PRK kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14, Mei tahun lalu.


Tiada ulasan: