MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 27 November 2019
'Bintang lima bucu di logo bukan Jalur Gemilang'
MALAYSIAKINI
Penganjur kejohanan taekwondo berkata bintang lima bucu pada logonya bukanlah Jalur Gemilang.
Penjelasan
itu selepas bekas perdana menteri Najib Razak membangkitkan kehadiran
sejumlah menteri Pakatan Harapan (PH) dan bekas menteri BN di acara
anjuran CK Classic International.
Dalam
kenyataan hari ini, pengerusi penganjur CK Classic International CK
Karan berkata bintang lima bucu yang digunakan mereka sebahagian
daripada logo rasmi yang telah lama digunakan, dan bukan satu kesilapan.
"Apa yang dipaparkan bukan bendera dan pastinya bukan bendera Malaysia.
"Ia hanyalah logo yang dicipta sebagai simbol mewakili Malaysia dan Selangor yang menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut.
"Ia
bukanlah kesilapan...Kami telah menggunakan logo ini sudah sekian lama
dan pertandingan ini akan masuk edisi ke-14 pada 2020," katanya.
Bendera Selangor mengandungi bulan sabit dan bintang lima bucu.
Bagaimanapun
ekoran kontroversi yang tercetus, beliau berkata CK Classic
International akan mengubah logonya bagi melambangkan Jalur Gemilang
untuk acara akan datang.
"Susulan kontroversi ini, kami akan
mengubah bintang (pada logo) untuk memuaskan hati orang ramai. Pada
akhirnya kami ialah anak Malaysia dan ingin kekal bersatu dengan negara
tercinta dalam melakukan perkara yang betul," katanya lagi.
Terdahulu,
Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) terpaling dengan kontroversi
selepas bendera yang mengandungi sebelas jalur dan bintang lima bucu
disiarkan ketika nyanyian lagu Negaraku dalam satu perlawanannya.
Semalam
MABA membuat permohonan maaf dan menamatkan khidmat kontraktor yang
mengendalikan siaran perlawanan, yang membuat kesilapan itu.
Persatuan
tersebut pada semalam bagaimanapun membuat permohonan maaf dan
menamatkan perkhidmatan kontraktor siaran langsung yang melakukan
kesilapan itu.
MABA kemudian disiasat polis dan diberi amaran
tegas oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,
timbalannya Steven Sim, Menteri Luar Saifuddin Abdullah - yang juga
penaung MABA - dan Presiden PKR Anwar Ibrahim
Isu itu terus mencetuskan rasa tidak puas hati selepas rakaman insiden itu disebarkan di media sosial.
MABA kini terpalit dengan satu lagi kesilapan, kali ini melibatkan bendera Perak.
Seorang
pemain bola keranjang negeri itu dilihat memakai jersi yang memaparkan
bendera Perak terbalik, didakwa dalam pertandingan sama ketika insiden
Jalur Gemilang - Kejohanan Piala Lum Mun Chak anjurannya.
Dalam
kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan
negeri Howard Lee Chuan How berkata Persatuan Bola Keranjang Perak
menjelaskan ia disebabkan kesilapan pembekal.
"Saya telah bercakap
dengan persatuan dan mereka telah meminta maaf. Mereka juga komited
untuk memastikan insiden itu tidak berulang," katanya dalam kenyataan.
Beliau
juga menggesa persatuan mengambil tindakan terhadap pembekal dan
melaksanakan pemeriksaan untuk memastikan hanya lambang dan bendera yang
betul digunakan pada masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan