HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 November 2019

Apa perasaan keluarga mendiang Kapten C. Mohan?

 
 
76793167_10220552093414083_440898673769971712_n




KUALA LUMPUR –  Sejak kebelakangan ini, negara dikecohkan dengan isu abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang dibawa pulang ke negara ini.

Malah ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat gamat apabila Ahli Parlimen Padang Serai (PH), M. Karupaiya tampil menyokong habisan-habisan usaha membawa abu berkenaan.

Bagaimanapun, kata-kata seperti itu sebenarnya mengguris hati banyak pihak – bukan sahaja masyarakat Melayu sebaliknya juga kaum India dn Cina yang pernah bertempur dengan komunis satu ketika dahulu.

67335149_10219360255218873_3824301531046346752_n

Ketua Penerangan Parti Cinta Malaysia (PCM), Muralitharan Ramachandran (gambar atas) ‘mengingatkan’ masyarakat dengan kisah mendiang Kapten Mohan Chandran Velayuthan yang pernah berjuang melawan komunis.

Menurutnya, tentera darat berasal dari Seremban mati dalam satu pentempuran dengan komunis di Hutan Simpan Ulu Kinta pada tahun 1971.

“Malangnya mendiang terbunuh dalam pertempuran itu bersama Renjer Abang Bolhi Abang Dohaldi ketika sedang mengetuai satu kumpulan tinjau khas dengan kekuatan 23 orang telah ditugaskan menjejak pengganas komunis.

“Semasa sedang mendaki sebuah bukit, mereka berjaya mengesan tiga orang pengganas berhampiran sebuah perkhemahan pengganas yang besar di kawasan hutan tersebut. Chandran dan Abg Bolhi bertempur habis-habisan.

“Abang Bolhi terkena tembakan dan mencederakan dirinya. Ini membuatkan Chandran menjadi agresif apabila orangnya ditembak, sambil meminta Ranjer Bajau ak Ladi untuk membantunya manakala beliau mara berhadapan dengan musuh.

“Chandran kemudian ditembak kumpulan komunis itu sebelum mati di tempat kejadian kerana angkara kumpulan itu.

“Ingat, cerita ini hanya satu peratus daripada cerita-cerita pengorbanan yang kamu dengar ini. Banyak lagi yang tidak tahu tentang wira tidak di dendang atau unsung hero mempertahankan negara kita,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Muralitharan, pada segelintir pihak yang merasakan ‘tidak apalah’ kerana ia sekadar abu sahaja adalah silap kerana perasaan keluarga mereka yang terkorban kerana melawan komunis.

“Fikirlah sikit sebelum berteriak dan mengeluarkan kenyataan sesuka hati demi kelangsungan politik kamu-kamu ini,” nasihatnya.

Malah Muralitharan juga melontarkan persoalan apakah sebenarnya ‘agenda tersembunyi’ pihak tertentu yang kini mendedahkan cerita abu Chin Peng ini selepas dua bulan.

“Cerita abu Chin Peng ini juga keluar selepas genap arwah Muhamad Adib di serang ketika rusuhan kuil Sri Maha Mariamman Seafields sebelum meninggal dunia. Sebenarnya apa motifnya?

“PDRM tidak seharusnya membiarkan sahaja perkara ini sebaliknya kena siasat dan mengenakan tindakan paling kepada dalangnya,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Tiada ulasan: