MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 23 November 2019
Umno Selangor bergolak kerana 'budak suruhan' Hisham?
Shakira Buang
Buat pertama kali dalam sejarah Umno Selangor gagal mengadakan mesyuarat badan perhubungannya semalam.
Ia
berikutan lebih separuh daripada ketua bahagian Umno negeri itu tidak
menghadirkan diri dalam mesyuarat yang sepatutnya berlangsung di Shah
Alam malam tadi.
Menurut sumber kepada Malaysiakini, hanya enam ketua bahagian hadir pada pertemuan itu, manakala selebihnya bertindak memboikot mesyuarat berkenaan.
“Ini kali pertama mesyuarat perhubungan Umno negeri tidak berjaya diadakan kerana protes daripada ketua-ketua bahagian.
“Daripada
22 ketua bahagian selain daripada pengurusan (pengerusi, timbalan
pengerusi, penerangan dan bendahari) hanya Tan Sri Noh Omar yang datang
sebagai ahli jawatankuasa. Seramai 16 orang lagi tidak hadir,” katanya.
Malaysiakini dimaklumkan
ketidakhadiran ketua-ketua Umno bahagian itu disebabkan rasa tidak puas
hati mereka terhadap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang baru
dilantik Julai lalu, Nadzari Ahmad Dahlan.
'Budak suruhan Hishammuddin'
Sumber berkata pengurusan Umno Selangor juga terlalu dibayangi bekas naib presiden parti itu, Hishamuddin Hussein.
Malah, Nadzari juga didakwa merupakan ‘budak suruhan’ anggota parlimen Sembrong itu.
“Jadi, kami tidak berminat untuk mengadakan mesyuarat perhubungan yang dipengerusikan 'budak suruhan' Hishamuddin.
“Kami
juga pernah menasihati 'budak suruhan' Hishamuddin supaya jangan
keterlaluan tetapi mereka tidak mengendahkan nasihat daripada
ketua-ketua bahagian, maka berlakulah protes dan boikot ini,” katanya.
Jelasnya,
rasa tidak puas hati itu semakin bertambah ekoran tindakan Hishammuddin
yang membelakangkan pucuk pimpinan parti apabila didakwa mengetuai pertemuan sekumpulan anggota parlimen BN di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, Isnin lalu.
"Kami tidak mahu pimpinan Selangor ini cenderung kepada mana-mana individu yang bukan daripada struktur parti.
“Kami
sedar kami adalah parti pembangkang yang kalah teruk di Selangor.
Tetapi kami tidak mahu lagi kesilapan-kesilapan lampau akan
memecahbelahkan serta menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi,”
katanya.
Pertemuan yang berlangsung di kediaman Azmin di Putrajaya pada malam Isnin lalu dihadiri lebih 20 anggota parlimen Umno, termasuk Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun Hishammuddin menafikan beliau merancang pertemuan tersebut.
Sebelum ini, Sekretariat Pakatan Harapan (PH) mendakwa Hishammuddin merancang untuk membentuk kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah, namun turut dinafikan bekas naib presiden Umno itu.
Temui presiden, bincang kedudukan Nadzari
Sementara
itu sumber berkata ketua-ketua bahagian Umno Selangor akan mengadakan
pertemuan dengan presiden parti semasa Perhimpunan Agung Umno yang
dijadual awal Disember depan bagi membincangkan kedudukan Nadzari.
“Kita
mahu melihat mereka yang menjadi pengerusi ini selain berwibawa, mereka
ini mestilah dilihat berkecuali daripada mana-mana konflik yang boleh
membawa kekeliruan di peringkat akar umbi,” katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Hishammuddin dan Nadzari untuk mendapatkan reaksi mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan