HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 November 2019

Ramkarpal: Salah dari segi moral untuk menteri beri projek

MALAYSIAKINI
 
 

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh hari ini menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan perdana menteri yang mendakwa menteri-menteri persekutuan boleh mengagihkan projek.

Jelas Ramkarpal, tindakan itu "salah dari segi moral".

Ramkarpal menegaskan bahawa meskipun Dr Mahathir Mohammad hanya merujuk projek di bawah bidang kuasa sesuatu kementerian, kenyataannya itu boleh menundang pandangan yang salah.

"Saya tidak tahu hak apa yang beliau (Mahathir) maksudkan tetapi walaupun ada hak seperti itu (untuk mengagihkan projek), ia jelas dari segi moral untuk menteri memberikan kontrak, sama ada di dalam atau di luar kawasan mereka," kata pengerusi biro undang-undang kebangsaan DAP itu dalam satu kenyataan.

"Amalan semacam itu antara lain akan memberi persepsi pilih kasih terhadap menteri itu. Konsep tender terbuka adalah untuk menggalakkan ketelusan dalam bidaan kontrak dan untuk menggalakkan daya saing dalam kalangan pembida untuk menarik hanya mereka yang melakukan yang terbaik.

"Ia bertujuan membanteras rasuah," katanya.

Ramkarpal, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang RUU IPCMC mengingatkan bahawa Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji untuk memerangi rasuah.

Mahathir membuat kenyataan itu semalam apabila ditanya mengenai pertemuan antara beliau dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Khamis lalu.

Anwar sebelum ini berkata dalam pertemuan itu, Mahathir "mengambil maklum tentang tuduhan bahawa ada menteri kabinet yang telah menyalahgunakan kekuasaan mereka atau cuba mendapatkan sokongan politik dengan memberi projek".

Mahathir, bagaimanapun, tidak memberi maklum balas secara langsung apabila ditanya sama ada ia berkaitan dengan pertemuan kontroversi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dengan ahli parlimen Umno di rumahnya pada malam Isnin.

Presiden Umno Ahmad Zamid Hamidi sebelum ini berkata perjumpaan pemimpin Umno dan Azmin adalah bagi membincangkan penyaluran projek-projek kerajaan ke kawasan Parlimen Umno.

Tiada ulasan: