Bantuan itu termasuk perkongsian maklumat berhubung sindiket besar penipuan pelaburan dalam talian yang ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.
Beliau yang ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Program Bicara Duta Bersempena dengan 45 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia – China di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini berkata, kesemua suspek yang terlibat dengan kes penipuan dalam talian terbabit patut dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara ini, jika dibuktikan bersalah.
“Kami menyokong penuh operasi berkenaan kerana dasar kami adalah menentang mana-mana warga China menjalankan kegiatan jenayah biar di mana mereka berada dalam dunia. Kami merasakan mereka harus dihukum mengikut undang-undang,” katanya.
Bai Tian berkata, setakat ini, pihak kedutaan belum dihubungi oleh mana-mana ahli keluarga suspek namun bersedia memberikan bantuan mengikut prosedur yang ditetapkan negara ini.
Rabu lepas Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China dengan menahan 680 warga China yang menjalankan operasi aktiviti berkenaan di Cyberjaya.
Tangkapan besar-besaran itu dilakukan selepas pasukan imigresen menggempur tingkat enam sebuah bangunan yang dipercayai menjadi pusat panggilan aktiviti penipuan yang menyasarkan penduduk negara China sebagai mangsa.
Kesemua suspek iaitu 603 lelaki dan 77 wanita itu memasuki negara menggunakan pas lawatan sosial, dengan hampir kesemuanya tidak dapat menunjukkan pasport dan dokumen pengenalan diri ketika ditahan, dan kini mereka direman selama 14 hari. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan