Penganalisis Jenayah, Datuk
Shahul Hamid Abdul Rahim
BANGI – Kerajaan perlu mengkaji semula dasar-dasar berkaitan kemasukan
warga asing ke dalam negara ini, kata penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid
Abdul Rahim.
Beliau
berkata, tindakan sedemikian penting memandangkan isu perjudian dalam talian
melibatkan warga asing dilihat mengancam keselamatan negara.
“Ada
beberapa sebab benda ini berlaku. Pertamanya adalah dasar negara. Di mana dasar
negara kita membolehkan warganegara China termasuk warganegara lain masuk
dengan mudah.
“Sebagai
contoh, dasar pelancongan hampir 27 juta pelancong yang boleh datang.
Kemudiannya, dasar pendidikan antarabangsa termasuk dasar pengajian dan
pelbagai dasar yang melibatkan warga asing.
“Kesemua
dasar ini perlu kerajaan kaji semula kerana bukan semua dasar boleh
menguntungkan negara, malah ada yang boleh merugikan negara,” katanya ketika
dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu,
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar
membabitkan warga China selepas menahan 680 warganegara terbabit dalam serbuan
di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.
Semua
yang berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam
secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak
enam bulan lalu.
Shahul
Hamid berkata, pihak bertanggungjawab seperti imigresen dan polis harus
memainkan peranan dengan membuat pemantauan serta pemeriksaan bagi membendung
permasalahan daripada terus membarah.
“Pihak
penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen terutamanya dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) perlu membuat pemantauan dan pemeriksaan, bukan bermusim tetapi perlu
dilakukan selalu bagi memastikan kehadiran warga asing ini benar-benar tulen.
“Ini
bermaksud jika pelancong mereka benar-benar pelancong, jika pelajar benar-benar
pelajar, jadi kemudian itu mereka akan balik ke negara asal.
“Begitu
juga pekerja warga asing, yang mempunyai pas yang sah masuk kerja dan balik ke
negara asal jika tamat tempoh,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan