HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 November 2019

‘Ambush’ malam Rabu

HARAKAHDAILY

Cerita sebenar di sebalik tuduhan Hannah Yeoh
 

PEMBANGKANG minta buat undi belah bahagi dalam RUU Perbekalan Kem Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat pada hari Selasa 26 November 2019 ketika dibentang YB Timbalan Menteri adalah bertujuan mendesak dan meminta Kerajaan PH supaya lebih serius bertanggungjawab kepada Parlimen.

Dalam hampir 2 bulan sidang Bajet ini; ramai sangat Menteri yang tak hadir dan tak jawab soalan-soalan dari Pembangkang. Ini telah ditegur oleh YAB sendiri beberapa kali.

Menteri dan Timbalan Menteri selalu sangat ‘tuang’ (ponteng) sidang Parlimen. Selalu sangat  hanya seorang atau dua sahaja Timbalan Menteri yang hadir. Menteri penuh tak nampak muka terus. Nampak sangat Menteri-menteri ini tak serius mengurus dan melaksana tanggungjawab kepada rakyat melalui Kementerian yang dipertanggungjawab kepada mereka.

Keluhan-keluhan rakyat melalui pandangan ahli-ahli Parlimen kawasan masing-masing kadang-kadang dipandang sepi oleh Menteri-menteri ini. Soalan tak dijawab, surat tak dilayan. Sedih la.

Sepatutnya ketika bahas apa-apa RUU setiap Kementerian, Menteri dan Timbalan Menteri datanglah keduanya. Kedua-dua bertanggungjawab penuh ke atas Parlimen dan rakyat melalui Kementerian yang mereka jaga. Kenapa salah seorang perlu balik rumah atau pergi tempat lain jika salah seorang sudah ada dalam dewan Parlimen. Duduklah dengar sekali dan bersama respons serta menjawab apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Kenapa amalan tak baik ini tak boleh diubah?

Akibat ‘ambush’ MP Pembangkang pada Selasa lepas… Kelmarin (Rabu) dan hari ini (Khamis), maka penuh MP Kerajaan dan Menteri mai masuk Parlimen.

Nampaknya berjayalah ‘ambush’ tersebut untuk sedarkan pihak kerajaan supaya lebih serius di Parlimen dan uruskan Kementerian mereka. Tapi adakah keadaan ini hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Kita tunggu sesi seterusnya sidang Parlimen.

Dakwaan puak kerajaan yang mengatakan bahawa MP-MP Pembangkang yang buat ‘ambush’ hari Selasa malam Rabu tersebut hendak menggagalkan Bajet untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta bantuan pada OKU, orang miskin dan sebagainya adalah tidak benar sama sekali.

Jika Pembangkang nak gagalkan peruntukan Bajet tersebut, sudah pasti ramai lagi MP Pembangkang yang ada di luar Parlimen akan masuk dewan dan kalahkan undi dari pihak kerajaan yang hanya ada 32 orang. Pembangkang hanya perlu tambah 5 lagi MP yang standby di luar dewan jika ada niat nak gagalkan Bajet tersebut. Tetapi Pembangkang lebih bijak untuk lakukan terbaik untuk rakyat.

Sebahagian besar MP Pembangkang malam tersebut telah mengambil bahagian berbahas sejak petang hingga malam memberi cadangan dan penambahbaikan untuk Kementerian melihat lebih serius membantu rakyat bawahan termasuk OKU, ibu tunggal, warga emas, gelandangan, isu sosial, mangsa pemerdagangan manusia, rumah orang tua-tua dan pelbagai lagi yang dipertanggungjawab di Kementerian ini.

Saya sendiri bahas panjang lebar mengangkat isu-isu yang disebut di atas. Tohmahan picisan netizen PH itu tak ada nilai apa pun. Kenyataan Timbalan Menteri Hannah Yeoh dan pak turut PH seperti ‘Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’

Menteri bos  dia sendiri pun tak hadir malam bahas Bajet itu; Adakah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tak suka Bajet untuk OKU?

Minta mereka yang buat tohmahan itu search balik laporan lama; 21 Nov 2017 yang lalu – ‘Ambush PH pada BN ketika Bajet untuk KPDN HEP’. Adakah PH  ketika itu menjadi Pembangkang nak gagalkan Bajet untuk Kerajaan BN bagi peruntukan pelbagai subsidi kepada rakyat miskin; Bajet untuk kawal harga barang, Bajet untuk bayar gaji staf Kementerian?

Minta Khalid Samad yang hari ini dah jadi Menteri tolong jawab.

Sekian

AHMAD TARMIZI SULAIMAN -MP Sik,
HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: