HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 November 2019

Mana projek bekalan air RM54.3 juta?

HARAKAHDAILY

YB Beting Maro terus berdiam diri

 

KENYATAAN saya tempoh hari bahawa Beting Maro tiada dalam agenda Sarawak First tidak mampu dijawab oleh mana-mana Menteri bahkan Wakil Rakyat itu sendiri. Ini kerana kenyataan tersebut adalah benar dan Wakil Rakyat Beting Maro masih berasa selesa kerana penduduk di sana tiada saluran untuk menyatakan keperitan kehidupan mereka. Apatah lagi masalah kebajikan yang tidak didedahkan kepada dunia luar. Malah rakyat Sarawak dari luar kawasan tersebut tidak mengetahui keperitan yang dialami oleh mereka.

Penduduk Beting Maro sudah lali dengan janji bersilih ganti daripada Wakil Rakyat di sini. Kekecewaan mereka semakin meningkat apabila setelah menang, bayang Wakil Rakyat terus menghilang dan sama seperti Wakil Rakyat yang lepas. Apakah Kerajaan Sarawak sendiri tidak mendapat maklumat bagaimana Wakil Rakyat mereka bekerja di sini?

Mungkin juga suara Wakil Rakyat sedia ada tidak kedengaran menyuarakan masalah penduduk Beting Maro. Kita juga merasa sungguh kasihan apabila ahli PBB di Beting Maro juga sebenarnya sudah buntu meminta bantuan dari Wakil Rakyat tersebut. Namun, kita tidak mahu menyalahkan mereka kerana ramai juga di antara mereka turut mengundi calon PAS. Apa yang mereka mahu adalah penduduk Beting Maro terbela.

Selanjutnya, saya juga meminta Kerajaan Negeri menjelaskan apakah yang sudah berlaku kepada peruntukan RM54.3 juta yang diumumkan pada 2016 untuk projek penyambungan bekalan air dan pembesaran paip sedia ada? Ini kerana sehingga ke hari ini masalah air masih membelenggu penduduk di sini.

Tidak menjadi pelik jika mana-mana parti politik datang sekali-sekala menjenguk penduduk di sana. Tetapi sangat berdukacita dan tragis bagi seorang Wakil Rakyat serta partinya tidak berupaya mentadbir kawasan yang mereka menangi.

Bagaikan mencurah air di daun keladi, begitulah Wakil Rakyat di Beting Maro. Mereka tahu undi mereka akan hilang dan tidak selamat. Oleh yang demikian, mereka tidak akan mempedulikan rakyat Beting Maro yang kuat menyokong PAS. Sebagai rekod pada PRN lepas, PAS mendapat undi sebanyak 3,051 undi, berbeza sebanyak 1,707 undi dengan PBB.

*ZHARUDIN NARUDIN , Ketua Penerangan PAS SarawakHARAKAHDAILY

Tiada ulasan: