KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mendedahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah mensabotaj Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung isu tender bernilai RM1.4 bilion.
Perkara itu didedahkan beliau menerusi Facebook.
“Menteri MOA pun tulis kepada PM mohon supaya tender diberi kepada Nafas. Tapi sampai sekarang Nafas tak dapat pun surat tawaran tender yang dikatakan 1.4 bilion tu.
“Yang bagi maklumat tu KSU la. KSU ni kerja dia sabotaj je. Patut dia membantu menteri bukan sabotaj,” tulis Normah.
Isu pemberian tender ini dicetuskan oleh , Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan selepas kementerian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus.
BACA: http://Tender: Ada pegawai sabotaj Salahuddin – Khalid
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad mendakwa ada dalam kalangan pegawai kementerian cuba mensabotaj menteri dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan