HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 November 2019

Isu Ching Peng soal ideologi, bukan perkauman – Annuar

Kumara Sabapatty
MGF31102019_SIDANG-PARLIMEN29
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pihak yang melihat soal membawa pulang abu mayat mendiang Ching Peng dalam perspektif perkauman disangkal oleh Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Agung UMNO sebaliknya menyifatkan isu pertikaian mengenai tindakan membawa balik abu mayat bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) itu ke tempat kelahirannya di Perak September lalu melibatkan isu ideologi.

Beliau dalam ciapan twitter peribadinya hari ini menyatakan bahawa ramai orang China termasuk anggota askar dan rakyat berbangsa Cina, India dan Orang Asli serta Melayu menjadi mangsa komunis.

“Isu Chin Peng bukan isu kaum..ramai orang Cina termasuk anggota polis, askar dan rakyat berbangsa Cina, India, Orang Asli apa lagi Melayu menjadi mangsa pengganas komunis pimpinan CP (Chin Peng).

“Isu CP adalah isu ideologi, undang-undang dan kedaulatan negara,” katanya.

Menurut Annuar, soal Chin Peng tidak seharusnya didekati dalam aspek perkauman di negara ini.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: