HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 November 2019

Jangan jadikan Taman Botani ‘pasar minggu’, CAP beritahu kerajaan P Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang terkejut dengan Rancangan 
Kawasan Khas untuk Taman Botani.

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengkritik tindakan kerajaan negeri “mengkomersialkan” Taman Botani berusia 135 tahun di bawah satu pelan induk yang didakwa diluluskan secara rahsia.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader yang terkejut dengan Rancangan Kawasan Khas (SAP) yang hanya didedahkan baru-baru ini, berkata taman botani itu akan dipindahkan ke bahagian paling jauh untuk memberi laluan kepada sebuah jalan berhias dan kemunculan gerai.

“Jalan ini akan didirikan gerai dan tempat acara – ia akan menjadi suasana komersial dan ‘pasar minggu’ yang bising yang tidak sesuai di pintu masuk untuk memperkenalkan ketenangan taman itu kepada orang awam.

“Tempat letak kereta bertingkat akan dibina, walaupun pihak berkuasa tidak dapat menyediakan penduduk Pulau Pinang dengan rumah mampu milik yang sebenarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebuah stesen kereta kabel mungkin dimajukan di Taman Botani untuk menghubungkannya dengan Bukit Bendera yang akan menyebabkan kerosakan tidak boleh diperbaiki dalam jangka panjang.

Katanya, SAP itu diwartakan tanpa atau dengan rundingan awam yang amat kecil pada Julai lalu dan orang ramai hanya diberikan taklimat mengenainya bulan ini.

Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan SAP itu tidak didedahkan kepada orang ramai dan berkata ia mengadakan 27 rundingan awam dengan ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan badan bukan kerajaan sejak ia dicadangkan pada 2011.

Mohideen berkata, Pulau Pinang sepatutnya memberi tumpuan untuk menambah baik pengangkutan awam ke taman itu, kemudahan penyelidikan dan pendidikan, serta memperkenalkan lebih banyak tumbahan asli, khasnya yang diancam kepupusan.

“Ia seharusnya tidak memperdagangkan kecantikan dan ketenangan taman dan kebajikan penduduk untuk wang pelancong.

“CAP sekali lagi menggesa demi kepentingan penduduk Pulau Pinang, jangan ganggu Taman Botani, biarkan ia kekal begitu saja.” 

‘Projek kereta kebal tiada dalam SAP asal’

Penasihat Persatuan Pencinta Alam Malaysia Pulau Pinang, D Kanda Kumar yang sependapat dengan Mohideen berkata, kebimbangan utama ialah cadangan projek kereta kabel itu.

Katanya, SAP itu perlu dikaji semula kerana ada projek tambahan disenaraikan yang tidak didedahkan kepada penelitian awam sebelum ia diwartakan.

“Apa yang kami nampak dalam (SAP) asal dan rancangan diwartakan adalah perkara yang kami tidak tahu. Saya tidak ingat kereta kabel itu disenaraikan.

“Apa yang dikatakan dan dilakukan, stesen bawah (projek kereta kebal) ialah taman. Kenapa mahu mengitar semula projek daripada zaman BN sedangkan kita sudah menolaknya sebelum ini?”

Aktivis membantah projek yang dicadangkan kerajaan BN pada lewat 1980-an. Ia dikatakan menyebabkan bekas ketua menteri, Lim Chong Eu kehilangan kerusi Dewan Undangan Negerinya pada 1990-an.

Projek itu kemudiannya dibatalkan apabila pengganti Lim, Koh Tsu Koon mengambil alih.

Tiada ulasan: