
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia tidak mahu ‘bergesel’ dengan kerajaan lain kerana ia bukan urusan negara ini.
“Kami mahu mengusirnya tetapi ada orang minta dia datang ke sini….kini kami cuba mencari mana-mana negara yang boleh menerimanya.
“Oleh kerana mereka melakukan jenayah di negara lain, tindakan diambil (ditahan) bukan kerana jenayah yang mereka lakukan di sini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan) di Perdana Putra, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Mu Sochua dihalang masuk ke Thailand selepas ditahan selama beberapa jam oleh pihak Imigresen negara itu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 20 Okt lalu.
Kejadian berlaku menjelang kepulangan beberapa pemimpin pembangkang yang hidup dalam buangan termasuk pengasas CNRP, Sam Rainsy sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kemboja, Sabtu ini.
Ditanya mengenai pemimpin pembangkang Kemboja yang datang Malaysia untuk mendapatkan nasihat daripadanya kerana melihat Malaysia sebagai inspirasi mereka, Dr Mahathir berkata pada dasarnya, anggota ASEAN tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara anggota lain.
“Kami tidak mahu mereka menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk memperjuangkan hak mereka di negara lain,” katanya.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan