MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 7 November 2019
Isu Zakir Naik: Malaysia hantar surat pada India nyata pendirian
MALAYSIAKINI
Malaysia akan menghantar surat rasmi kepada India bagi menyatakan
pendirian berhubung keputusan tidak menghantar pulang pendakwah bebas,
Dr Zakir Naik ke negara itu.
Menteri Luar, Saifuddin Abdullah
berkata ia bagi memenuhi permintaan yang disuarakan rakan sejawatnya
dari India, S Jaishakar yang meminta Malaysia supaya berbuat demikian.
Beliau menjelaskan, perkara itu dibangkitkan ketika pertemuan yang berlangsung di sidang kemuncak Asean di Kemboja minggu lalu.
"Beliau (S Jaishakar) menimbulkan perkara berkenaan secara tertib meminta supaya kita menghantar surat jawapan rasmi.
“Sehubungan
itu, kita dalam perbincangan bersama Peguam Negara untuk memberikan
jawapan yang paling tepat perlu disampaikan kepada mereka,” katanya
ketika sesi penggulungan di peringkat jawatankuasa bagi rang
undang-undang perbekalan 2020, di Dewan Rakyat, petang tadi.
Pada
17 Sep lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memaklumkan
yang Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak membuat sebarang
permohonan kepada Malaysia supaya menghantar pulang Zakir.
Perdana
Menteri berkata isu berhubung penceramah kontroversi itu adalah antara
perkara yang dibincangkan dengan rakan sejawatnya semasa perjumpaan di
luar Forum Ekonomi Timur di Rusia awal bulan itu.
“Tidak banyak negara mahukannya. India tidak bertegas (mengambilnya).
“Saya
bertemu dengan Modi (dan) dia tidak beritahu saya yang dia mahukan
orang ini (Zakir),"katanya semasa ditemu ramah di stesen radio BFM.
Kaji operasi KSCIP
Dalam
pada itu, Saifuddin memaklumkan kabinet mengarahkan Kementerian
Pendidikan supaya mengkaji semula keperluan untuk meneruskan operasi
Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).
“Ini adalah idea kementerian berkenaan sebab itu kita tidak teruskan pusat berkenaan.
"Tetapi
sekarang kerajaan meminta supaya Kementerian Pendidikan mengkaji semula
dan jika ada kewajaran akan diteruskan,” katanya.
Pembinaan KSCIP di Putrajaya dirancang kerajaan BN sewaktu Najib Razak menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun cadangan pembinaan KSCIP itu dibatalkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya.
Menteri
Pertahanan, Mohamad Sabu tahun lalu mengumumkan kerajaan mengambil
keputusan menghentikan operasi KSCIP yang diwujudkan bagi membanteras
golongan radikal dan ekstremis.
Pusat itu diilhamkan selepas
kunjungan Raja Salman ke negara ini pada Mac 2017 yang turut membabitkan
Kementerian Pertahanan Malaysia dan Arab Saudi yang dikenali sebagai
Rabitah al-Alam al-Islami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan