HALAMAN SANTAI
Khamis, 14 November 2019
PAS: Penurunan SRR tanda ekonomi bermasalah
Seorang pemimpin PAS Pusat mendakwa langkah Bank Negara Malaysia menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 3.5 peratus kepada 3 peratus adalah tanda ekonomi sedang bermasalah.
Timbalan Pengerusi Lajnah 2 Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan, Mazli Noor berkata bank pusat itu perlu memperkenalkan langkah yang nyata berbanding memudahkan aliran lebih banyak wang ke dalam ekonomi.
"Kadar SRR kali terakhir diturunkan daripada 4 peratus kepada kadar semasa pada 2016 untuk kesan yang sedikit, menunjukkan bahawa langkah yang berorientasikan jangka panjang dan lebih konkrit diperlukan untuk meningkatkan tahap kecairan dalam ekonomi negara," kata Mazli dalam satu kenyataan hari ini.
Isnin lalu, Bank Negara mengumumkan bahawa nisbah SRR akan diturunkan kepada 3.0 peratus daripada 3.5 peratus berkuat kuasa 16 Nov 2019 untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan