
Katanya, konsep itu juga bukan sekadar ukuran satu kawasan Parlimen Tanjung Piai sahaja, malah melibatkan secara menyeluruh.
“Untuk PRU akan datang, formula ini mungkin berubah dengan melihat senario dan strategi semasa untuk memastikan kemenangan Muafakat Nasional di peringkat lebih besar,” katanya dipetik dari Minda Presiden Pas, hari ini.
Beliau berkata, Pas menyertai Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini disebabkan ketegasan parti itu bersama Islam.
Pada masa sama katanya, Pas tidak bersama dengan kalangan yang mahu menyamakan agama (pluralime) ataupun ingin mencontohi parti Islam luar negara yang tidak sama pendekatan dan ruang demokrasi negara kerana demokrasi di Malaysia tidak mengharamkan parti bernama Islam.
Akhirnya, kata Abdul Hadi, Pas terbuang dan ada kalangan mereka dalam parti itu menubuhkan Parti Amanah Nasional (PAN) dengan mengikut pendekatan tersebut.
“Kita bertegas bahawa Islam sahaja yang paling benar dan tinggi dan menerima hak kebebasan beragama lain tanpa menghalang penganut bukan Islam mempercayai agama masing-masing yang benar di sisi mereka.
“Namun, kita menolak konsep semua agama adalah benar yang mengira semua agama sama sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan