PRK TG PIAI | Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak mengakui sedikit menyusahkan dengan ketiadaan kereta polis pengiring.
Bagaimanapun,
keadaan itu tidak akan mematahkan semangat bekas perdana menteri itu
untuk terus membantu kempen calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung
Piai.
"Saya sudah jelaskan semalam saya dapat surat tiba-tiba tanpa apa-apa sebab diberikan.
“Ia
sedikit menyusahkan tetapi saya akan tolong calon untuk kempen juga,”
katanya ketika ditemui pemberita pada sesi ramah mesra bersama pengundi
di Pasaraya Econsave Pontian hari ini.
Jelasnya, tindakan menarik balik khidmat pengiring itu juga tidak akan memberikan kesan buatnya.Semalam, pihak polis berkata perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal
kepada Najib ditarik balik selepas surat dihantar oleh Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman kepada pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu,
Mohd Shahrir Mohd Aripin.
Pengarah Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias menjelaskan Najib
masih boleh memohon penggunaan pengiring trafik bermotosikal untuk
urusan rasmi, namun bukan untuk hal peribadi dan parti.
Pada Mei tahun lalu, khidmat anggota keselamatan Najib yang kebanyakan terdiri daripada anggota polis juga ditarik balik.
Keadaan serupa juga dialami Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen menentang Najib pada 2016, yang menyaksikan hak istimewa diberikan kepadanya ditarik balik.
Sementara
itu orang ramai yang berada di pasaraya Econsave hari ini memberikan
sambutan cukup hangat terhadap kehadiran Najib dan calon BN, Wee Jeck
Seng.
Ramai penyokong dilihat mengambil kesempatan untuk berswafoto bersama Najib atau lebih popular dengan gelaran “Bossku” itu.
PRK Tanjung Piai diadakan selepas penyandangnya 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.
PRK
Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH,
Karmaine Sardini, Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (Gerakan),
Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) serta dua calon bebas, Ang Chuan Lock
dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
SPR menetapkan tempoh kempen
selama 14 hari dengan tarikh mengundi pada 16 November manakala 12
November ditetapkan sebagai hari pengundian awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan