HALAMAN SANTAI

Ahad, 10 November 2019

UMNO, BN jangan bermimpi PH tumbang

Kumara Sabapatty
MGF09112019_CERAMAH-HARAPAN-TANJUNG-PIAI03-1
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berucap pada Program Ceramah Harapan Tanjung Piai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pusat Perdagangan Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL
 

PONTIAN – Pakatan Harapan melontar amaran kepada pembangkang UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bermimpi kerajaan baharu yang terbentuk 18 bulan lalu tumbang.

Gobind Singh Deo berkata, niat pembangkang tidak akan berlaku sebaliknya kerajaan PH akan bertambah kukuh dan utuh untuk lima tahun dengan sokongan kuat rakyat, kata Gobind Singh Deo hari ini.

Timbalan Pengerusi DAP itu membidas niat kotor seorang pemimpin BN yang mendakwa komponen parti tersebut sedang menunggu kerajaan negeri Perak tumbang bagi membolehkannya membentuk kerajaan.

“18 bulan tunggu nak ambil kerajaan negeri, 12 bulan tunggu nak ambil pusat, kerja dia fokus mahu tengok bila kita mahu jatuh sahaja.

“Kita nak hantar mesej kepada BN, kita tidak akan runtuh sebaliknya PH akan tetap jadi kerajaan yang kuat untuk lima tahun kerana itu adalah janji kita dan kita akan bawa kepada rakyat.

“Bukan senang kerja yang kita kena laksanakan, banyak kerja kita perlu buat. Saya harap kita boleh laksanakan semua tugas dan saya harap rakyat beri sokongan padu,” katanya dalam ceramah kelompok di Pusat Perdagangan Pontian malam tadi.

Beliau turut berkongsi dedikasi dan sumbangan arwah Dr. Md Farid Md Farik sepanjang menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Katanya, walaupun seorang Timbalan Menteri, Farid telah banyak turun ke kawasan sehingga berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM19 juta untuk pembangunan kawasan tersebut.

“Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang melaksanakan tugas walaupun Timbalan Menteri tapi balik kawasan lihat permasalahan rakyat, inilah perbezaan antara dia dan pembangkang kerajaan dulu.

“Mesej saya untuk rakyat Tanjung Piai, PRK ini penting untuk anda kerana apa yang kita lihat yang dilaksanakan arwah perlu diteruskan.

“Sila menangkan calon kita yang merupakan daripada kerajaan dan parti sama, demi kelangsungan pembangunan yang tertangguh boleh diteruskan dengan mudah dan lancar berbanding pembangkang,” tegasnya.

Tiada ulasan: