Pasar
Borong Kuala Lumpur dibuka semula hari ini setelah ditutup lima hari
yang oleh pihak berkuasa bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Halangan utama mereka adalah syarat ketat yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pemborong diminta menyediakan sijil akuan kesihatan yang membuktikan bahawa mereka tidak dijangkiti Covid-19.
Menurut Setiausaha Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur, Law Tek Kim sehingga tengah hari ini, hanya 65 daripada 216 gerai sayur dibuka menurut Setiausaha Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur, Law Tek Kim.
Maksudnya, cuma sekitar 30 peratus pemborong sayur sahaja yang berniaga pada hari ini.
"Daripada semua pemborong yang berlesen, hanya 110 layak beroperasi hari ini kerana mereka telah selesai tempoh kuarantin selama 14 hari selepas ujian saringan Covid-19," katanya kepada Malaysiakini.
Law berkata, beberapa pemborong yang memenuhi syarat tidak dapat memulakan perniagaan kerana kakitangan mereka berada di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), yang berdekatan dengan pasar itu.
"Dalam situasi saya, saya mendapat sijil akuan kesihatan itu tetapi saya tidak dapat memulakan kerja. Kelima-lima pekerja saya dan rakan kongsi saya terkurung.
"Saya tidak dapat mengendalikan gerai sendirian. Bagaimana saya membawa bakul sayur dengan berat sehingga 50kg begitu saja?” Katanya.
Jelasnya lagi, sekitar 80 peratus buruh di pasar itu terdiri daripada pekerja warga asing.
Selain itu, DBKL juga mengenakan syarat untuk pengunjung mengemukakan laporan perubatan sebelum dibenarkan memasuki pasar. Wartawan tidak dibenarkan memasuki pasar pada pukul 6.30 pagi hari ini.
Law juga berkata terdapat penurunan drastik sebanyak 90 peratus melibatkan pelanggan dan pembekal ke pasar itu.
Orang ramai di Lembah Klang, kata Law perlu bersiap untuk melihat lebih sedikit jenis sayur dalam beberapa hari mendatang kerana jumlah bekalan dari luar negara ke pasar itu akan berkurangan.
"Sebelum senja, saya hanya melihat sayur-sayuran hijau sampai. Beberapa jam kemudian, sampai pula beberapa jenis lagi sayuran yang datang dari Cameron Highlands dan dari tempat lain dari negara ini. Tetapi belum ada tanda-tanda sayur-sayuran yang diimport dari Thailand dan China."
Dia menjangkakan pengurangan bekalan sayur-sayuran yang dijual di pasar borong akan mempengaruhi pasar, kedai makan, pasar raya dan pasar raya besar.
"Sembilan puluh peratus bekalan sayur-sayuran yang dijual di pasar basah berasal dari pasar borong ini. Saya mendengar beberapa peruncit sayur-sayuran tidak dapat beroperasi ketika kami diperintahkan untuk tutup pada awal minggu ini."
Pasar ditutup kerana kerja pembersihan tetapi pembukaan semula ditangguhkan sebanyak dua kali, iaitu pada hari Ahad dan Selasa.
Pemeriksaan rawak di pasar basah di Kepong, Kuala Lumpur menyaksikan sayur-sayuran hijau dijual dengan harga sehingga tiga kali ganda daripada harga purata pada Januari, berdasarkan data yang diperoleh dari laman web Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Malaysiakini mendapati bahawa sawi hijau yang paling biasa digunakan, dijual pada harga RM12 per kg, sedangkan sebelum ini ia dijual dengan harga sekitar RM3.83 per kg di kawasan Kuala Lumpur pada bulan Januari menurut data Fama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan