HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 April 2020

COVID-19: Jumlah maut seluruh dunia lebih 180,000 orang

fazleen safina

Eropah paling terjejas dengan 112,848 kematian setakat ini

PARIS – Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 180,000 orang membabitkan dua pertiga daripadanya datang dari Eropah, menurut sumber rasmi.

Secara kesuluruhan, sebanyak 180,289 kematian dicatatkan di seluruh dunia, dengan kes jangkitan sebanyak 2,596,383, setakat semalam.

Pada masa sama, Eropah merekodkan 112,848 kematian daripada 1,263,802 kes jangkitan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu berkata, jumlah kes cenderung untuk meningkat di Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Beliau berkata, wabak pandemik itu perlu dikendalikan dengan teliti.

“Jangan lakukan kesilapan kerana kita masih ada jalan lain. Virus ini akan terus bersama kita dalam tempoh yang lama,” katanya.

Selain itu, pegawai WHO mendesak negara-negara di seluruh dunia untuk terus bersiap siaga, sambil berkata bahawa, hanya 76 peratus negara memiliki sistem pengawasan bagi mengesan kes COVID-19.

Ghebreyesus berkata, pihak beliau sepatutnya mengisytiharkan darurat lebih awal daripada tarikh 30 Januari lalu, meskipun ketika itu hanya terdapat 82 kes positif di luar China dan tiada kematian. – Agensi


Tiada ulasan: