HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 April 2020

Ekonomi akan mula ‘bergerak’ beberapa minggu lagi -Tok Pa

Mohammad Arif Nizam
MGF29082019_NATIONAL-ECONOMIC-FORUM-201918
Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak akan menunjukkan kesan pada peringkat permulaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut beliau, ini kerana ketika pakej itu diperkenalkan, tiada syarikat yang dibenarkan beroperasi ketika itu.

Namun beliau yakin ekonomi akan mula bergerak semula dalam tempoh beberapa minggu akan datang kerana terdapat syarikat akan mula kembali beroperasi.

“Bila syarikat ini beroperasi ia mampu merancak semula ekonomi termasuk industri kecil dan sederhana, pakej rangsangan akan membantu mereka.

“Sudah tentu ketika permulaan diperkenalkan, kita berada dalam situasi berbeza kerana tiada satu syarikat pun yang dibenarkan beroperasi,” katanya ketika mengenai Pasca Covid-19 : Pelan Pemulihan Ekonomi anjuran IDEAS Malaysia secara televideo di sini hari ini.

Sebelum ini, Mustapa pernah berkata, kerajaan menjangkakan tempoh pemulihan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan selepas krisis Covid-19 berakhir.

Menurut beliau, keadaan akan kembali pulih bukanlah dengan kadar segera, maka disebabkan itu sasaran tempoh tersebut dipilih adalah dilihat wajar.

Mengulas lanjut, Mustapa menambah beberapa sektor yang diberi kelulusan beroperasi akan merancakan semula ekonomi selepas pembekuan pekerjaan sejaak 18 Mac lalu.

Jelas beliau, dianggarkan satu juta pekerja sudah mula bekerja secara berperingkat sejak kebelakangan ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: