Timbalan Presiden MBM Muhammad Fadzli Hasan berkata tarikh itu dipilih sempena Hari Belia Antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Namun dalam keadaan negara dan dunia yang sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, MBM mengambil langkah untuk menyokong saranan bersama yang dilakukan pihak KBS dengan menangguhkan Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penangguhan itu mampu memberi ruang kepada MBM serta KBS untuk merangka sambutan yang lebih meriah dan memberi impak besar selain dapat melakukan sesi penilaian bagi penerima Anugerah Belia sepanjang tempoh tersebut.
Semalam, KBS memaklumkan bahawa Sambutan Hari Belia Negara yang dijadualkan pada 15 Mei terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh baharu susulan penularan wabak COVID-19 serta lanjutan tempoh PKP sehingga 12 Mei.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan