Melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), inisiatif itu menghadkan segala pergerakan sama ada domestik atau ke luar negara termasuk menutup pintu sempadan.
[BACA] Lelaki mengamuk tembak mati 16 orang di Kanada — Suara Merdeka
Usaha berkenaan disusuli dengan amalan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian Covid-19 dalam memastikan graf jangkitan dapat di ratakan.Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, menerima kemasukan pelarian Rohingnya boleh menyebabkan objektif pembendungan Covid-19 tidak tercapai.
Beliau berkata, negara sudah terima terlalu ramai warga asing terutama pelarian Rohingya, keutamaan mesti diberikan kepada rakyat.
“Ketidakmampuan negara untuk terus menerima pelarian wajar difahami kerana kita tidak boleh mengambil sumber orang lain bagi membantu mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.
[BACA] 26 rakyat Malaysia di Amerika Selatan dibenar pulang — Suara Merdeka
[BACA] Langgar PKP, Menteri Besar Terengganu tampil beri keterangan – Suara Merdeka
Dalam pada itu, tambah Mohamad, negara memerlukan satu penyesaian
jangka panjang bagi menangani krisis pelarian dari Rakhine itu.Katanya, memberi perlindungan sementara kepada Rohingya seperti dilakukan sekarang bukanlah penyelesaian yang mampan dan berfaedah kepada mereka dan negara penerima.
“Di Malaysia sahaja, seramai 150,000 pelarian Rohingnya sama ada berdaftar dengan Suruhajaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ataupun masuk secara haram yang tinggal.
“Masalah ini bukan ‘one-state problem’. ASEAN dan masyarakat global perlu menggembleng tenaga untuk menyelesaikannya. Jadi, semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bersama-sama ASEAN mencari penyelesaian jangka panjang,” tegasnya.
Menurutnya lagi, ASEAN sepatutnya berhenti daripada berdiam diri dalam isu ini, para pemimpin perlu bersemuka dengan Myanmar dan membantu mengembalikan keamanan di Rakhine.
Terdahulu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya mematahkan cubaan 200 warga Rohingya yang menaiki sebuah bot besar daripada memasuki perairan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan