HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 April 2020

4 bahagian di Sarawak kembali jadi zon hijau

Zon hijau ialah daerah atau bahagian yang tiada kes positif, zon 
kuning (1-20 kes), zon jingga (21-40) dan zon merah (lebih 40 kes).
 
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mengumumkan 4 bahagian di negeri itu kembali menjadi zon hijau berbanding kuning sebelum ini.

Empat bahagian itu ialah Mukah, Sarikei, Sibu dan Limbang yang tidak mencatatkan sebarang kes positif selama 14 hari.

Zon hijau ialah sesebuah daerah atau bahagian yang tiada kes positif, zon kuning (1-20 kes), zon jingga (21-40) dan zon merah (lebih 40 kes).

Sejumlah 29 kawasan di Sarawak kini disenaraikan zon hijau.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Douglas Uggah Embas dalam sidang media hari ini merayu orang ramai tidak menjelajah antara zon kuning dan hijau.

Katanya, 9 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini di Sarawak, menjadikan keseluruhan 468 kes setakat ini.

Beliau berkata, 7 daripada kes baru itu dilaporkan di Kuching dan masing-masing satu kes dari Samarahan serta Serian.

Terdapat 147 kes baru pesakit dalam siasatan (PUI).

Uggah berkata, 50 anggota perubatan di Kuching disahkan positif virus itu, dengan 20 daripadanya dijangkiti daripada kluster persidangan Gereja Good News Fellowship dan baki daripada kluster kecil lain.

Katanya, 160 kes positif berpunca daripada kluster persidangan gereja itu, 103 daripada kluster tabligh Masjid Sri Petaling, 61 daripada kluster kapal Itali, 90 daripada kluster kecil, 28 kes berselerak dan 26 lagi masih di bawah siasatan.

Tiada ulasan: