MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Ahad, 26 April 2020
Rakyat terkandas di kampung boleh mohon pulang hari ini
Oleh Faris Fuad
Aplikasi
Gerak Malaysia dapat membantu polis mengenal pasti jumlah individu yang
bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi kelancaran
operasi.
KUALA
LUMPUR: Rakyat yang terkandas di kampung halaman dan berhasrat untuk
pulang ke kediaman masing-masing boleh membuat permohonan menerusi
aplikasi Gerak Malaysia, bermula hari ini.
Permohonan itu akan dibuka sehingga 29 April ini.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata
individu terbabit perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama,
nombor MyKad, alamat, nombor telefon dan alamat emel selepas memuat
turun aplikasi terbabit.
"Pengguna juga perlu memberi
kebenaran kepada aplikasi itu untuk mengakses sistem pengesanan lokasi
(GPS) bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon, seterusnya membolehkan
pergerakan diluluskan.
Aplikasi Gerak Malaysia bantu PDRM memastikan kelancaran operasi pergerakan."Aplikasi
Gerak Malaysia dapat membantu polis mengenal pasti jumlah individu yang
bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi kelancaran
operasi.
"Sehubungan itu, pemohon perlu mengemas kini
permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas, supaya kod QR dapat dijana
secara automatik," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mengulas
lanjut, Huzir berkata, pihaknya sudah menyusun jadual perjalanan bagi
memudahkan pergerakan permohon, dari 1 hingga 3 Mei ini.
"1
Mei membabitkan perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan, 2 Mei
(Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang) dan 3 Mei (Kuala
Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu).
"Perjalanan
perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan
diluluskan. Maklumat lanjut dan garis panduan lain akan diumumkan oleh
polis pada 29 April ini," katanya.
Selain permohonan permit
rentas negeri, Huzir berkata, terdapat tatacara untuk memproses
beberapa permohonan permit lain menerusi aplikasi itu.
Katanya,
ia termasuk kebenaran pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10
kilometer (km) dari kediaman, mendapatkan rawatan perubatan, hal
kecemasan seperti kematian dan membaiki kerosakan kenderaan serta rumah.
"Bagaimanapun, hanya permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri sahaja akan diproses buat masa ini.
"Dengan
permit pergerakan dijana melalui kod QR dalam aplikasi telefon pintar,
orang ramai hanya perlu menunjukkan kod itu ketika melalui sekatan jalan
raya untuk dimbas oleh pihak berkuasa," katanya.
Aplikasi itu boleh dimuat turut pengguna menerusi App Store bagi pengguna IOS dan Play Store bagi Android.
Bagi
mereka yang tiada kemudahan telefon pintar, permohonan boleh dibuat di
balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu
bagi mengelakkan kesesakan di balai polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan