HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 April 2020

Kami mohon maaf, terima kasih rakyat Malaysia – Majlis Ulama Rohingya

Wartawan MalaysiaGazette
MGF04122016_SAVEROHINGYA020
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan melibatkan seorang daripada bangsa Rohingya yang didakwa telah mengetengahkan beberapa tuntutan seolah-olah mewakili keseluruhan bangsa itu di Malaysia.

MUR dalam kenyataannya di sini berkata, pihakya telah meneliti setiap tuntutan yang didakwa dibuat oleh Zafar Ahmad Abdul Ghani atas kapsiti sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom) dan tular baru-baru ini.

Menurut MUR mereka sama sekali tidak menyokong tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia mahupun kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada bangsa Rohingya  yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyrakata Rohingya.

“Hal itu menunjukkan beliau bergerak secara individu atau mempunyai persatuan sendiri,” kata MUR.

MUR juga mendakwa Zafar tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihaknya dan persatuan lain.

Persatuan tersebut turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sokongan berterusan terhadap kelangsungan hidup bangsa Rohingya di negara ini

“Sumbangan anda sangat dihargai oleh Rohingya di seluruh dunia,” katanya sambil meminta mana-mana pihak berurusan dengan persatuan atau individu yang benar-benar mewakili bangsa Rohingya di Malaysia.

Kelmarin Zafar dalam satu menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Artikel berkaitan: Presiden Rohingya Malaysia diugut

Katanya, ekoran tuduhan tersebut beliau kini diancam dan diugut sehingga terpaksa menyahaktif akaun Facebooknya.

“Akibat daripada tuduhan palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, whatsapp dan facebook saya. Kecaman dan ugutan yang saya terima rata-rata dari rakyat Malaysia.

“Usaha MERHROM untuk membantu pelarian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah terhenti akibat tuduhan palsu ini berikutan isu keselamatan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: