TUGU Pegawai Pemerintah Angkatan Tentera British yang menakluk dan memerintah Tanah Jajahan British berhadapan dengan 10 Downing Street, kediaman Perdana Menteri Britain di London.
Arakan (kini dinamakan Rakhine State) adalah salah satu wilayah yang dijajah, di bawah kawalan Field Marsyal Alan Brook (The Viscount Slim) 1943-45. Arakan adalah nama negara asal orang Rohingya dalam bahasa Arab, jama’ bagi perkataan ‘rukun’ bermaksud ‘Tiang’. Ia mula dijajah British pada tahun 1824 hingga 1948.
Sebahagian lagi dimasukkan ke dalam India, yang kemudiannya menjadi Pakistan Timur (1947), dan melahirkan negara baru – Bangladesh – selepas perang saudara Pakistan Timur dan Pakistan Barat 1971-1974.
Rohingya telah wujud beratus-ratus tahun dan memerintah Arakan (1430-1784) sebelum wujudnya Negara Bangladesh pada 1974.
Propaganda junta Myanmar untuk mewajarkan pengusiran dan genocide terhadap Rohingya dari Arakan adalah mereka itu etnik Benggoli rakyat Bangladesh. Jika begitu, dari mana datangnya perkataan Arakan? Awas! Anda mungkin penular propaganda junta.
*MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi PASRelief – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan