Itu luahan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor jaya, Liow Cai Tung yang berpendapat melalui cara online ia akan lebih memudahkan Pusat Maklumat Ihsan Covid-19 Johor menjalankan tugas.'
“Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Pejabat ADUN Johor Jaya telah menyediakan satu kotak khas drop off di luar pejabat untuk mengumpul borang permohonan bagi meminimakan kontak antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.'
Menurut Cai Tung, selain itu, tiada penetapan tarikh agihan bantuan diberikan bagi Bantuan Ihsan dan hanya dimaklumkan permohonan akan ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik Covid-19 berakhir dan keputusan status permohonan adalah tertakluk kepada kerajaan negeri.''
“Memandangkan PKP dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei ini dan bulan Ramadan sudah bermula, kerajaan Johor digesa supaya mengambil tindakan yang lebih cepat, telus dan memudahkan tidak kira dalam pemberian bantuan kewangan atau pengagihan bantuan barangan untuk membantu rakyat yang memerlukannya pada masa yang kritikal ini,” katanya lagi.'
Menurutnya, golongan sasar khususnya kumpulan B40 amat bergantung kepada bantuan untuk memenuhi keperluan harian mereka.'
“Saya bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil tindakan proaktif dan menghantar barangan terus ke rumah penerima kerana mereka mengadu kepada saya bahawa pengagihan makanan dari kerajaan terlalu lambat dan makanan di rumah sudah habis,” katanya.'
Justeru, katanya, Pejabat DUN Johor Jaya juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengagihkan barangan keperluan kepada masyarakat beragama Islam sempena bulan Ramadan supaya tiada masyarakat yang tercicir.'
Sebelum itu, kerajaan Johor telah mengumumkan Bantuan Ihsan yang dikatakan akan memberi bantuan tunai antara RM250 dan RM500 kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam berhadapan kesan pandemic Covid-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan