HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 April 2020

Kenapa ada yang mengadu-domba perihal PN?

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
 


ABDUL Kadir Jasin, bekas Penasihat Media Perdana Menteri (PM) ke-7 semakin tua semakin kacau dan meracau kebelakangan ini. Kesan hilang kuasa dan kedudukan sungguh mengganggu mental dan jiwanya maklumlah usia dah semakin senja.

Tindakan Presiden Umno mengutus surat ke PM untuk mengemukakan beberapa cadangan dan tuntutan bagi pihak Umno didakwanya satu bukti yang Umno ‘bully’ Tan Sri Muhyiddin.

Ternyata beliau mahu memberi bayangan kononnya Perikatan Nasional tidak stabil apabila Umno kononnya sesuka hati menekan dan mendesak PM.
 
Bukankah Umno sebagaimana PAS, GPS dan lain-lain bernaung di bawah PN? Oleh itu Umno sebagaimana parti-parti lain dalam PN punya hak membuat cadangan dan tuntutan tertakluk kepada pertimbangan PM dan PN, apa masalahnya?

PN bukannya berketuakan seorang diktator sebagaimana ‘boss’ Kadir dulu. Jika cadangan Umno itu munasabah dan boleh memantapkan PN, pasti diluluskan PM. Jika PM pula berpandangan cadangan itu perlu diubahsuai, pasti dibawa berbincang.

Yang Kadir melompat dan melenting kenapa? Setakat ini PN berdiri di atas muafakat dan kerjasama yang sangat kukuh tidak sebagaimana PH yang tunggang-langgang dahulu.

Moga Kadir carilah modal lain untuk mengadu-domba dan menggugat PN. Ternyata sejak hilang kuasa anda semakin tumpul dan longgar, bersaralah dengan aman di sekeliling anak cucu.
  - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: