Bekas Menteri Undang-undang itu mendakwa adalah tidak adil untuk menghukum seorang pelajar muda hanya kerana tindakannya membuat kek dan menghantarnya kepada teman lelakinya.
“Kehidupan dia (pelajar perempuan) itu menjadi gelap hanya kerana perbuatannya memasak kek dan dihantar untuk dimakan rakan lelakinya.
“Apakah ini erti sebenar Ramadan mengajar kita semua?,” katanya melalui akaun Twitter.
Beliau memetik laporan yangh menyatakan pelajar tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya PKP dan dipenjara 7 hari dan didenda RM800 oleh mahkamah majistret semalam.
Majistret Ellyna Othman memerintahkan pelajat institusi pengajian tinggi swasta berusia 22 tahun itu menjalani hukuman bermula tarikh ditahan iaitu 18 April lalu.
Ellyna turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Terdahulu tertuduh mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan jangkitan pada jam 9 malam.
Polis telah menemui gadis itu bersama rakan lelakinya dalam sebuah kereta di tepi jalan dengan enjin kereta dihidupkan dan alasan yang diberikan gadis itu bahawa dia ingin memberikan rakan lelakinya memakan kek batik yang dibuat sendiri dan ketika itu teman lelaki sedang memakan kek tersebut. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan