HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 April 2020

Cuti sekolah masih panjang?

Azizi Ahmad- pendidik
MGF06042020_DISINFEK-BANDAR-BARU-BANGI_20
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat kerja disinfeksi di dalam kawasan sekolah pada Ops Sanitasi Awam pada hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di SMK Bandar Baru Bangi, Selangor. foto FAREEZ FADZIL
 

JANGKAAN dan harapan persekolahan akan dibuka semula dan diteruskan minggu depan kembali ke normal adalah ‘tidak pasti atau tidak mungkin’. .

Harapan bahawa sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi dibangkitkan kerana ada yang mencadangkan penutupan sekolah hanya boleh memberi impak yang kecil pada usaha menghentikan penyebaran virus korona.

Malahan Kementerian Pendidikan sendiri “tidak akan menyambung sesi persekolahan pada 15 April ini meskipun jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir pada 14 April tidak dilanjutkan.” (Datuk Dr Mah Hoon Soon).

KPM tidak bersedia dan tidak mahu untuk mengambil risiko dan akan memutuskan perkara ini selepas pengumuman hasil mesyuarat dengan Perdana Menteri , Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KPM juga menerima cadangan daripada ibu bapa dan komuniti untuk  sekolah dibuka semula  pada Jun.

Ramai guru difahamkan bimbang tentang risiko bekerja dalam persekitaran yang menempatkan ratusan dan ribuan murid dalam jarak dekat.

Jika pembukaan semula secara penuh dijalankan maka kehendak ‘penjarakkan sosial’ tidak mungkin dapat dilaksanakan terutama untuk  peraturan penjarakkan satu hingga  dua meter di dalam kelas, apalagi di taman permainan .

Begitu juga dalam urusan ke sekolah, pastinya ibu bapa tidak mahu anak-anak berisiko dengan bahaya tambahan dan cuba mengelakkan bersentuhan di antara satu sama lain semasa menghantar dan mengambil anak-anak.

Kita perlu menerima hakikat bahawa persekolahan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Pandemik belum dan sedang mencapai kemuncaknya di Amerika Syarikat, UK, Sepanyol mahupun Itali. Dan jika keadaan dapat dibendung sekali pun,  ia akan mengambil masa yang lama sebelum keadaan menjadi selamat untuk melonggarkan sekatan.

Sekiranya PKP berkesan untuk memperlahankan penyebaran virus itu, namun tiada siapa sanggup mengambil risiko.

Ia mungkin memerlukan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat dan sukar  untuk dilaksanakan.

Ini diperkuatkan dengan kenyataan kajian oleh Lancet, kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan di serata dunia bagi mengekang wabak Covid-19 hanya boleh berakhir apabila vaksin ditemui.”

Akademi Perubatan Malaysia (AMM) turut menggesa kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Di sesetengah negara,  peperiksaan awam juga telah dibatalkan berdasarkan  jangkaan penutupan sekolah yang berpanjangan.

Langkah seterusnya yang jelas adalah untuk mengumumkan bahawa sekolah tidak akan dibuka sebelum Jun pada awal, dan mungkin tidak akan dibuka sebelum tahun akademik berikutnya pada bulan September.

Ini akan membantu menghilangkan beberapa ketidakpastian apabila sekolah akan disambung semula, serta membebaskan beberapa kebimbangan yang dirasakan oleh guru dan kakitangan sekolah.

Dan sifat simbolik penutupan sekolah juga akan menghantar isyarat kuat bahawa sekatan pergerakan tidak akan berakhir pada masa yang terdekat.

Tidak syak lagi bahawa penutupan sekolah menyebabkan gangguan dan kegelisahan yang tiada berkesudahan.

Bebanan dan kos ekonomi ibu bapa yang perlu tinggal dan berada  di rumah untuk menjaga anak-anak mereka adalah sangat besar, sedangkan kesan terhadap pendidikan adalah seperti, jika tidak lebih, sangat buruk, terutama bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang mungkin akan jauh ketinggalan  di belakang rakan sebaya mereka.

Besar kemungkinan adalah  penutupan sekolah akan berlangsung beberapa ketika lagi berbanding beberapa minggu dan lebih cepat kita menerima hakikatnya maka akan lebih mudah untuk kita bersedia menerimanya.


Tiada ulasan: