HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Julai 2020

Guan Eng mahu Shafie jadi PM? Itu hanya versi Mahathir, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim menolak kemungkinan Lim Guan Eng mencalonkan Shafie
Apdal sebagai perdana menteri.

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyuarakan keraguan terhadap dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa cadangan mencalonkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai perdana menteri pembangkang berasal daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng .

Dalam temu bual dengan Sin Chew Daily, Anwar berkata, beliau tidak percaya naratif itu benar.

“Itu versi Mahathir. Saya percaya Lim,” kata Anwar.

Terdahulu, dalam wawancara dengan The Malaysian Insight, Mahathir mendakwa Lim mencadangkan Shafie sebagai calon perdana menteri, tetapi mengubah fikiran untuk menyokong Anwar kemudiannya.

“Pada awalnya saya bertanya kepada mereka apakah mereka benar-benar mahukan Shafie dan mereka mengatakan ‘ya’, tetapi setelah bertemu dengan Anwar, mereka berubah (fikiran),” kata Mahathir seperti dilaporkan.

Selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP dan Amanah, Mahathir mengumumkan bahawa Shafie dinamakan sebagai calon perdana menteri, manakala Anwar dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DAP dan Amanah dengan berkata, ia hanyalah cadangan dan tiada keputusan dibuat.

Majlis Presiden PH kemudiannya mengumumkan gabungan itu menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.

Tiada ulasan: