HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Julai 2020

Tubuh parti baru atau sertai parti sedia ada, tunggu keputusan mahkamah, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad dan 4 bekas pemimpin PPBM memfailkan saman terhadap
parti itu kerana membatalkan keahlian mereka.

LANGKAWI: Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baru sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pembatalan keahlian mereka dalam PPBM.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau, bersama pasukannya juga akan membuat penilaian lain seperti menyertai parti sedia ada, namun semuanya bergantung pada keputusan mahkamah nanti.

“Kalau kita nak bertanding pada pilihan raya umum perlu ada parti, jadi kita tunggu keputusan mahkamah, sama ada buat parti atau tidak. Kita juga kaji untuk serta parti lain, tapi semua belum diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program santai ahli Parlimen Langkawi bersama rakyat di Pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di sini hari ini.

Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos ini bagi memutuskan permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan 3 lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Mahathir dan 4 yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam PPBM.

Tiada ulasan: