Ridauddin Daud

Seramai
108 pimpinan muda Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong kenyataan
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
berkaitan hala tuju Pakatan Harapan (PH) selepas ini.
KUALA LUMPUR :
Seramai 108 pimpinan muda Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong
kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng berkaitan hala tuju Pakatan Harapan (PH) selepas ini.
Menerusi
satu kenyataan, mereka menegaskan kesatuan dalam kalangan semua parti
komponen pembangkang amat mustahak bagi menghadapi cabaran politik
mendatang serta persediaan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Pakatan
Harapan perlu mengambil langkah progresif bagi membuka semula pintu
rundingan kepada parti-parti pembangkang yang lain bagi membina semula
imej dan kekuatan menjelang tahun hadapan.
“Idea
Politik Baharu Gabungan Besar atau disebut sebagai “Grand Coalition”
bukanlah satu perancangan untuk membelakangi mana-mana parti komponen
PH.
“Kita
memerlukan ikhtiar baharu dalam mobilisasi gabungan parti pembangkang
dalam satu visi dan misi yang sama iaitu dengan menolak kleptokrasi dan
mengangkat nilai demokrasi, integriti serta urus tadbir yang baik,”
katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut
mereka, sudah sampai masanya untuk pimpinan PH dan parti-parti
pembangkang yang lain memberi fokus kepada penyatuan dan kesepaduan.
“Ia
bagi menggembleng usaha supaya dapat bergerak sebagai satu pasukan,
menampilkan wajah-wajah baru kepimpinan yang segar dan mengenepikan
perbezaan serta bebanan lampau,” menurut kenyataan itu lagi.
Astro AWANI sebelum
ini melaporkan dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) mencadangkan
agar gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh
blok pembangkang.
Presiden Parti Amanah
Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk
seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada
atas landasan perjuangan bersama.
Mohamad
dan Guan Eng menegaskan, undian Belanjawan 2021 pada Selasa lalu
mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan
tidak perlu membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan yang oportunis.
Menurut
Ahli Parlimen Kota Raja dan Bagan itu, kelompok itu hanya memperalatkan
PH untuk kepentingan peribadi agar memperoleh tawaran yang lebih
lumayan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan