Rahimah Abdullah

Sidang
media khas Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pada 14 Dis lalu mendapat
tumpuan naratif Belanjawan 2021, menurut kajian data raya oleh Malaysia
Indicator. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua
Musang Tengku Razaleigh Hamzah menguasai naratif Belanjawan 2021 dengan
fokus kepada sidang media khas oleh kedua-dua tokoh politik itu pada 14 Dis lalu.
Ketika
Dr Mahathir aktif membantah belanjawan itu, Tengku Razaleigh yang pada
mulanya berdiam diri, secara mengejut mengumumkan sependapat dengan
seterunya, menentang pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui
Belanjawan 2021.
Kajian
Data Raya (Big Data) dilakukan Malaysia Indicator menunjukkan, tiada
kemunculan kedua-dua tokoh itu pada senarai data bagi tempoh 10 hingga
12 Disember 2020.
Bagaimanapun,
mereka dilihat mula aktif pada 13 hingga 15 Disember 2020 dengan
kedua-duanya berada dalam senarai lima teratas individu paling
berpengaruh bagi Belanjawan 2021.

Dr.
Mahathir berada di tempat pertama individu paling berpengaruh dengan
334 kenyataan, dan Tengku Razaleigh dengan 102 kenyataan.
Manakala,
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di belakang Tengku
Razaleigh dengan 97 kenyataan, disusuli Datuk Seri Najib Razak (86
kenyataan) dan Perdana Menteri Muhyiddin (55 kenyataan).
Tumpuan kepada Dr Mahathir turut meningkat mendadak pada hari sidang media khas tersebut, mencapai lebih 200 berita.
Begitu
juga dengan Tengku Razaleigh yang menyaksikan pendedahan berita
mengenai dirinya pada hari sidang media bersama diadakan, iaitu lebih
150 berita.

Dalam
pada itu, perkataan 'Ketua Pembangkang' dan 'Sidang Media' juga paling
banyak dibincangkan dan ada kaitan dengan desakan kedua-dua tokoh
berkenaan agar Ahli Parlimen menolak Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Parlimen, 15 Dis lalu.
Selain itu, Twitter Dr Mahathir, @chedetofficial paling kerap diciap dan diulang ciap pada 16 Disember 2020.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan