Abd Razak Mohd Ali

Annuar
turut menjelaskan, kenyataan Asyraf Wajdi bahawa perbincangan
agihan
kerusi tidak lagi berasaskan perbincangan antara UMNO dengan
Pas tetapi
BN dan PN telah disalah tafsir. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Perbincangan secara terbuka mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya
Umum ke-15 (PRU15) di kalangan parti dalam Perikatan Nasional (PN) perlu
dikurangkan, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri
Annuar Musa.
Katanya, perbincangan atau
kenyataan terbuka sedemikian boleh menyebabkan berlaku salah tafsiran
dan persepsi sehingga menimbulkan kekeliruan.
"Sebab
banyak sangat orang yang bercakap, kemudian dia bercakap tidak beri
(penerangan) secara terperinci, maka berlaku (pelbagai) tafsiran dan
juga persepsi. Saya rasa elok kalau itu boleh dikurangkan," katanya di
sini, hari ini.
Beliau berkata, secara
dasarnya perbincangan mengenai perkara itu melalui tiga peringkat dengan
Majlis Presiden PN akan membuat keputusan muktamad selepas menerima
laporan daripada Sekretariat Setiausaha-Setiausaha Agung.
"Di
peringkat ketiga, Pas, Umno dan Bersatu, telah bersetuju untuk
membentuk jawatankuasa perunding yang terdiri daripada tujuh orang wakil
setiap parti.
"Jadi sekarang kita sudah
ada di peringkat ini (ketiga) dan sekiranya telah siap, ia akan dibawa
ke peringkat sekretariat yang kemudiannya disampaikan kepada Majlis
Presiden," katanya.
Beliau turut
menjelaskan, kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dtuk Asyraf Wajdi Dusuki
sebelum ini, bahawa perbincangan agihan kerusi tidak lagi berasaskan
perbincangan antara UMNO dengan Pas tetapi Barisan Nasional (BN) dan PN
telah disalah tafsir.
Annuar ditemui
selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India
SeMalaysia (IPF) Ke-28 di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, Perak
pada Ahad.
Turut hadir, Presiden IPF Malaysia, Datuk T Loganathan dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Dalam
perkembangan berkaitan, Annuar berkata, pembahagian kerusi untuk
menghadapi PRU15 turut mengambil kira parti yang menjadi rakan di dalam
Barisan Nasional (BN) seperti yang diarahkan Pengerusi BN, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi.
"Prinsip BN jelas, kita menerima baik 'friends of BN' yang mana kita boleh bekerjasama... kita boleh bermuafakat dan sokong-menyokong.
"Macam Pengerusi BN beritahu saya sendiri, kalau mahu susun kerusi, kita kena ambil kira 'friends of BN'.
Jadi, IPF misalnya... tak ahli (BN) tapi ada tempat yang sesuai, yang
ada prospek bawa kemenangan kepada kita maka tak ada masalah kita
berkompromi beri kerusi kepada IPF," katanya.
Menurutnya,
walaupun pembahagian kerusi belum diputuskan, tiada masalah jika
mana-mana pihak termasuk pemimpin parti yang menjadi rakan BN untuk
memberi khidmat kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan