HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Disember 2020

Ku Li beri bayangan mampu tarik ahli Parlimen BN

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

KUALA LUMPUR: Tengku  Razaleigh Hamzah atau Ku Li tidak menolak kemungkinan menarik sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ini kerana negara memerlukan pemimpin dan kerajaan yang kukuh selain mampu mentadbir negara.

“Mungkin dapatkan sokongan ahli Parlimen BN,” katanya ringkas dalam sidang akhbar bersama Dr. Mahathir yang juga  pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dii Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.

Pada masa sama Ahli Parlimen Gua Musang itu menegaskan,  beliau tidak ada masalah bekerjasama dengan Dr. Mahathir dan pembangkang di Parlimen memandangkan kerajaan yang mentadbir hari ini tidak mempunyai keabsahan. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: