Astro AWANI
Sultan
Nazrin akan menerima menghadap pemimpin-pemimpin parti untuk
menerima
maklum berkait sokongan dan gabungan yang bakal dibentuk,
sebelum
baginda melantik seseorang menjawat jawatan Menteri Besar.
Disember 4, 2020
11:29
PM
Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap tiga
pengerusi parti yang mewakili Pakatan Harapan (PH) esok susulan kemelut
politik di negeri ini.
Menurut sumber kepada Astro AWANI, mereka yang diperkenan ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.
BACA BERITA PENUH DI SINI

08:03
PM
'Saya dukacita jika orang Melayu berpecah' - Annuar Musa
Setiausaha
Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyatakan rasa tidak
gembira atas apa yang berlaku dalam arena politik Perak ketika ini.
Beliau pada masa sama mendedahkan bahawa pemimpin UMNO juga tidak berpeluang untuk berbincang mengenainya di peringkat Biro Politik atau pun Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Beliau pada masa sama mendedahkan bahawa pemimpin UMNO juga tidak berpeluang untuk berbincang mengenainya di peringkat Biro Politik atau pun Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
07:50
PM
Bersatu kesal dengan situasi politik di Perak - Hamzah Zainuddin
Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa kesal berhubung
situasi yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak
hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media sebentar pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media sebentar pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
07:30
PM
Aziz Bari tidak tolak kemungkinan gabungan kerjasama parti politik
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari tidak
menolak kemungkinan gabungan kerjasama diantara parti politik di negeri
Perak boleh berlaku seperti sebelum ini.
Menurut beliau, dalam gelanggang politik tiada apa yang mustahil boleh berlaku asalkan menepati tuntutan Perlembagaan serta tidak bertentangan dengan norma.
BERITA PENUH DI SINI
Menurut beliau, dalam gelanggang politik tiada apa yang mustahil boleh berlaku asalkan menepati tuntutan Perlembagaan serta tidak bertentangan dengan norma.
BERITA PENUH DI SINI
07:21
PM
Tidak gembira dengan perkembangan yang berlaku di Perak malah dukacita jika orang Melayu berpecah - Annuar Musa
07:13
PM
Pertukaran MB tidak mengubah status kerajaan negeri
Pergerakan
Pemuda UMNO Perak yakin pertukaran Menteri Besar Perak tidak akan
mengubah status kerajaan negeri yang masih kekal padu berteraskan
kerjasama parti-parti di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan
Nasional (PN).
Namun, apa penjelasan relevan pada saat politik di negeri Perak mula bergolak selepas Faizal Azumu tidak mendapat sokongan di DUN negeri itu pagi tadi. Artikel penuh di sini.
Namun, apa penjelasan relevan pada saat politik di negeri Perak mula bergolak selepas Faizal Azumu tidak mendapat sokongan di DUN negeri itu pagi tadi. Artikel penuh di sini.
06:49
PM
Sultan Perak berkenan menerima menghadap tiga ketua parti pagi esok
Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima permintaan tiga
ketua parti yang mewakili Pakatan Harapan menghadap jam 11 pagi esok di
Istana Kinta, Ipoh.
Mereka adalah Nga Kor Ming (DAP), Farhash Wafa Salvador (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah).
BERITA PENUH DI SINI
Mereka adalah Nga Kor Ming (DAP), Farhash Wafa Salvador (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah).
BERITA PENUH DI SINI
06:39
PM
"Saya masih MB kerajaan sementara" - Faizal Azumu
Datuk
Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau masih kekal sebagai Menteri
Besar Perak di bawah kerajaan sementara atau ‘caretaker’ sehingga
lantikan baharu dibuat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BACA BERITA PENUH DI SINI
06:32
PM
Politik Perak: Tidak mustahil 'berjangkit' ke negeri lain
Keadaan
yang berlaku di Perak tidak mustahil boleh ‘berjangkit’ ke negeri lain
termasuklah ke Sabah yang baru sahaja selesai menjalani Pilihan Raya
Negeri (PRN), baru-baru ini.
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, parti lain yang terkejut dengan situasi itu mungkin akan mengambil langkah tunggu dan lihat terlebih dahulu.

05:29
PM
Faizal Azumu tiba di Istana Kinta, menghadap Sultan Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki Istana Kinta, di sini sekitar pukul 5.15 petang tadi.
Beliau yang menaiki kenderaan rasmi dilihat sempat melambai ke arah media sebelum memasuki pintu masuk istana tersebut.
BERITA LANJUT DI SINI
Beliau yang menaiki kenderaan rasmi dilihat sempat melambai ke arah media sebelum memasuki pintu masuk istana tersebut.
BERITA LANJUT DI SINI
05:16
PM
Faizal Azumu tiba di Istana Kinta, Ipoh
05:04
PM
Tolak MB itu lebih penting daripada bantu rakyat dalam kesusahan - Ahmad Faizal
Keputusan
majoriti ADUN Perak menolak menteri besar dalam usul undi tidak percaya
membuktikan bahawa menggugurkan pemimpin nombor satu di negeri itu
lebih penting daripada pembentangan Belanjawan Negeri 2021.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BACA BERITA PENUH DI SINI
04:51
PM
Tukar pimpinan kerajaan DUN Perak satu penderhakaan, pengkhianatan - Exco
Menukar pemimpin kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah satu penderhakaan dan pengkhianatan.
Demikian tegas Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berhubung tindakan itu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Demikian tegas Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berhubung tindakan itu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
04:50
PM
Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak
Ahli
Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam DUN negeri
itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BACA BERITA PENUH DI SINI
04:45
PM
Krisis politik Perak disifatkan sebagai unik - Prof Shamrahayu
Confidence
motion itu hanya dibawa oleh kerajaan? Ini penjelasan Pakar
Perundangan, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dalam Buletin Astro
AWANI Khas pada Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan