Astro Awani

Naib
Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menganggap penubuhan
Majlis Presiden Perikatan Nasional penting dalam menyatukan pandangan
dan
pendapat setiap ketua pemimpin parti dalam gabungan itu. - Foto
BERNAMA
KUCHING: Penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) disambut baik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB.
Naib
Presidennya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan majlis ini
bukan hanya membantu melancarkan pentadbiran kerajaan persekutuan, namun
paling utama ia membuka penglibatan setiap ketua parti pemerintah untuk
turut serta dalam membuat keputusan secara bersemuka.
“Saya rasa ia langkah yang baik kerana tiada piagam yang perlu ditandatangani.
“Majlis
presiden ini akan membincangkan isu penting yang beri kesan kepada
negara dan bagaimana mereka perlu bergerak ke hadapan,” ujarnya.
Abdul
Karim berkata demikian pada sidang media Majlis Anugerah Cemerlang
World Craft Council Asia Pacific Region di Tebingan Kuching , pada
Jumaat.
Tambah Abdul Karim kerajaan sedia
ada terdiri daripada gabungan yang longgar namun kelebihannya tiada
parti yang dominan sehingga membuka ruang kepada pengkhianatan.
"Gabungan
longgar itu baik. Apa yang penting ialah kita masih boleh menjalinkan
kerjasama yang baik dan tidak mengkhianati antara satu sama lain,"
katanya.
Abdul Karim sebelum ini tidak
bersetuju dengan cadangan agar setiap parti yang terlibat dalam
penubuhan kerajaan persekutuan menandatangani perjanjian bagi
pembentukan gagasan besar politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan