Muhafandi Muhamad

Tuan
Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perundingan Kerusi
dalam
mesyuarat yang diadakan bersama UMNO minggu lepas.
KOTA BHARU:
Muafakat Nasional (MN) bersetuju untuk menjemput Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) berbincang mengenai pengagihan kerusi Pilihan Raya
Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden
Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat
Jawatankuasa Perundingan Kerusi dalam mesyuarat yang diadakan bersama
UMNO minggu lepas.
"Mesyuarat
terakhir yang dibuat pada minggu lepas... yang saya pengerusikan
bersama Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO)... kita
bersetuju untuk jemput sekali Bersatu berada dalam jawatankuasa
pengagihan kerusi supaya perundingan itu melibatkan tiga parti.
"Insya-Allah, peringkat Pas dan UMNO sangat positif (pengagihan kerusi) akan selesai," katanya di sini, hari ini.
Katanya jawatankuasa berkenaan sudah mengadakan mesyuarat beberapa kali sebelum ini tanpa penyertaan Bersatu.
Katanya
perbincangan bersama dalam MN setakat ini positif ke arah mencari
penyelesaian supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru antara
Perikatan Nasional (PN) dan MN.
Katanya, perbincangan pengagihan kerusi dalam MN kini sudah mencapai tahap 50 peratus penyelesaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan